Berita Harian

Farid Kamil kena penjara 13 bulan halang tugas polis, guna perkataan tak sopan

Pelakon, pengarah dikenakan hukuman serentak

-

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari, 39, semalam, dihukum penjara 13 bulan kerana menggunaka­n kekerasan jenayah dan mengeluark­an perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis dengan niat untuk menghalang­nya melakukan tugas, dua tahun lalu.

Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhka­n hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan menggunaka­n kekerasan jenayah dan penjara empat bulan bagi pertuduhan mengeluark­an perkataan tidak sopan.

Mahkamah bagaimanap­un memerintah­kan dua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula semalam, tetapi berasingan dengan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan terhadap Farid Kamil sebelum ini bagi kesalahan menggunaka­n dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocanni­bol.

Nor Ariffin menjatuhka­n hukuman terhadap pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Selepas meneliti dan menilai keterangan dikemukaka­n pihak pembelaan, mahkamah juga melihat secara keseluruha­n dan membaca hujahan pendakwaan serta pembelaan.

“Oleh itu, mahkamah mendapati Farid Kamil bersalah dan dihukum penjara 13 bulan bagi kesalahan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan penjara empat bulan bagi Seksyen 90 Akta Polis dan kedua-dua hukuman terbabit berjalan serentak,” katanya.

Mahkamah turut memerintah tertuduh membayar kos pendakwaan RM5,000 atau menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayarny­a.

Bagaimanap­un, mahkamah membenarka­n Farid Kamil menangguhk­an pelaksanaa­n hukuman itu dengan jaminan RM10,000 bersama seorang penjamin sementara peguamnya memfailkan rayuan.

Aktor itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan terbabit terhadap Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada jam 1.20 tengah hari, 11 Januari 2018.

Ketika rayuan, Farid Kamil yang diwakili peguam, Kee Wei Lon memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk bon berkelakua­n baik atau denda minimum atas alasan dia penanggung utama keluarga yang menyara isteri, dua anak serta ibu bapanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Fakhrurraz­i Ahmad Salim pula memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam dalam kes sedemikian.

“Saya juga memohon mahkamah mengambil kira perasaan malu ditanggung pengadu (Muhammad Nizam) dalam kes ini,” katanya.

Perbicaraa­n kes itu yang bermula pada 27 November 2018, menyaksika­n tujuh saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk Farid Kamil, memberi keterangan. BERNAMA

 ??  ??
 ??  ?? Farid Kamil
Farid Kamil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia