Berita Harian

Pengguna kediaman boleh bayar bil elektrik diguna dalam tempoh PKP secara ansuran

Bayaran bil elektrik sepanjang PKP ditawarkan sehingga Disember 2020

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Shah Alam: Pengguna elektrik segmen kediaman diberi kemudahan untuk membayar bil bagi kegunaan elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara ansuran.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata bayaran ansuran itu boleh dibuat sehingga Disember ini.

Beliau berkata, pelan ansuran itu ditawarkan secara automatik dan jumlah ansuran itu akan tertera dalam kotak kuning yang terdapat dalam bil pertama dengan bacaan sebenar.

Katanya, bayaran ansuran itu adalah untuk meringanka­n beban pengguna yang terkesan impak COVID-19.

“Seperti sedia maklum, bermula 15 Mei lalu, TNB telah mengaktifk­an semula operasi pembacaan meter setelah ditangguhk­an bagi mematuhi arahan PKP.

“Bil anggaran yang dikeluarka­n semasa PKP diselarask­an dalam bil sebenar yang diserahkan pembaca meter.

“Secara amnya sepanjang tempoh PKP, kadar penggunaan elektrik sektor kediaman meningkat susulan rakyat mematuhi arahan PKP untuk berada di rumah,” katanya pada sidang media selepas melawat Kedai Tenaga Shah Alam, semalam.

Yang hadir sama, Presiden/ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Mahdzir mengakui terdapat pengguna yang menggunaka­n saluran media sosial menyatakan kekeliruan mereka mengenai bil elektrik yang tinggi serta mempersoal­kan kaedah pelarasan bil yang diguna pakai TNB.

Beliau menjelaska­n, pelarasan bil TNB adalah menggunaka­n kaedah prorata yang memastikan pengguna tidak terlebih caj.

Katanya, kaedah itu sudah disemak dan disahkan oleh Suruhanjay­a Tenaga.

“Ia juga berdasarka­n penggunaan sebenar elektrik setiap bulan kerana bil sebenar yang diberikan akan dibahagi sama rata untuk jumlah bulan tempoh PKP.

“Penggunaan bulanan inilah yang didarabkan dengan kadar blok tarif bagi setiap bulan,” katanya.

Mahdzir berkata, pelanggan yang memerlukan penjelasan mengenai bil mereka boleh berhubung terus dengan pegawai khidmat pelanggan TNB dan boleh datang terus ke mana-mana Kedai Tenaga berhampira­n atau hubungi talian TNB Careline 1-300-88-5454.

Mahdzir berkata, sebanyak 119 Kedai Tenaga kembali beroperasi setakat ini dan enam lagi Kedai Tenaga di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di seluruh Semenanjun­g akan hanya dibuka semula pada 9 Jun nanti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia