Berita Harian

Kluster baharu sambutan Aidilfitri jangkiti 6 individu di pangsapuri Cheras

Satu kluster lagi dikesan di pangsapuri Cheras

- Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Sebanyak 66 kes pulih COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul 6,470 kes sedemikian atau 82.1 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes jangkitan virus berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bilangan kes pesakit dibenarkan pulang juga lebih dua kali ganda daripada jumlah kes baharu.

Katanya, ada 20 kes baharu dilaporkan sehingga jam 12 tengah semalam, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 7,877 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan COVID-19 adalah 1,292 kes. Mereka kini sudah diasingkan dan diberi rawatan lanjut. Daripada 20 kes baharu yang dilaporkan, 15 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada lima kes penularan dalam negara, tiga kes membabitka­n bukan warganegar­a dan dua kes dalam kalangan warganegar­a,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, semalam.

Dr Noor Hisham turut memaklumka­n, tiada pertambaha­n kes kematian berkaitan COVID-19 semalam dan jumlahnya kekal sebanyak 115 kes atau 1.46 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

Sementara itu, katanya, satu kluster baharu COVID-19 dikesan di pangsapuri Cheras yang menjangkit­i enam individu, kemungkina­n besar berkait dengan aktiviti kunjungmen­gunjung sebelum dan ketika sambutan Aidilfitri.

Beliau memaklumka­n, kes pertama kluster itu dikenal pasti daripada ujian saringan pelajar pusat tahfiz yang dijalankan hasil kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Kementeria­n Kesihatan.

Bagaimanap­un, beliau berkata, hasil siasatan dijalankan mendapati tiada pelajar, guru atau kakitangan pusat tahfiz berkenaan yang mempunyai sejarah menghadiri perhimpuna­n di Seri Petaling sebelum ini.

“Hingga kini (semalam), ada enam kes dalam kluster itu, iaitu tiga membabitka­n penghuni pangsapuri berkenaan, manakala tiga lagi di luar kawasan pangsapuri. Mereka dikesan melalui tindakan pengesanan kes secara aktif.

“Kes positif kluster berkenaan adalah ahli keluarga dan rakan kepada kes pertama yang dikesan. Punca jangkitan kluster itu masih dalam siasatan, namun kemungkina­n besar penularan adalah berkait dengan aktiviti kunjung-mengunjung sebelum dan ketika Aidilfitri,” katanya.

Daripada 20 kes baharu yang dilaporkan, 15 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan

 ??  ??
 ??  ?? Dr Noor Hisham Abdullah,
Dr Noor Hisham Abdullah,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia