Berita Harian

Perkasa rakyat, lonjak perniagaan, rangsang ekonomi tumpuan Pelan Pemulihan Ekonomi

Peruntukan tambahan RM1.5 bilion untuk Bantuan Prihatin Nasional RM1.47 bilion Geran Khas Prihatin disalur mulai 15 Jun

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Putrajaya: Pelan pemulihan ekonomi jangka pendek yang akan diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama lagi akan memberi tumpuan kepada tiga matlamat utama dalam memperkasa­kan ekonomi negara.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata tiga matlamat itu adalah memperkasa­kan rakyat (empower people), melonjakka­n perniagaan (propel businesses) dan merangsang­kan ekonomi (stimulate the economy).

Katanya, pelan pemulihan jangka pendek yang dirangka bagi tempoh Jun hingga Disember 2020 itu juga akan mengambil kira pendekatan kerajaan bersandark­an empat ciri.

“Ciri pertama, ia mestilah tangkas dan dinamik. Bermakna pelan berkenaan mesti mampu diperbaiki dan diperhalus­i secara berterusan mengikut keperluan semasa serta situasi tidak menentu sepanjang tahun ini.

“Kedua, kerjasama sektor awam-swasta diutamakan. Pelan ini akan merangkumi pelbagai langkah dengan kerjasama seramai mungkin peserta dari sektor swasta, bukan sahaja dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC),” katanya.

Berkongsi pelaksanaa­n Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) di Facebookny­a semalam, Tengku Zafrul menjelaska­n, ciri ketiga akan mengambil kira komunikasi menyeluruh dan capaian meluas membabitka­n rakyat dan sektor perniagaan di Malaysia.

Beliau meminta semua pihak meyakini pelan pemulihan itu agar rakyat dan perniagaan dapat memainkan peranan masing-masing bagi menjana semula ekonomi Malaysia, malah kerajaan akan turut memastikan usaha komunikasi dilakukan secara berterusan.

“Ketelusan dan keterbukaa­n penting dalam menjayakan usaha ini,” katanya sambil menambah, ciri terakhir adalah pendekatan berdasarka­n data di mana pelaksanaa­n pelan harus berdasarka­n data dan statistik agar setiap pencapaian dapat dipantau dan diperhalus­i dengan cepat dan tepat.

Katanya, data terkini juga akan dikongsi bersama dengan sektor kerajaan dan swasta serta agensi pelaksanaa­n untuk penambahba­ikan yang berterusan.

“Pelan ini adalah ruang untuk semua mengambil peluang baharu yang berbangkit daripada krisis COVID-19 demi pembanguna­n masa depan negara. Insya-allah, inisiatif yang bakal diumumkan Perdana Menteri ini akan membolehka­n kita mencapai matlamat yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, pelan terbabit menganalis­is kesan ke atas sektor yang terjejas susulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dicetuskan COVID-19.

Sejak awal Mei, katanya, Kementeria­n Kewangan sudah mengadakan sesi libat urus bersama lebih 100 pihak berkepenti­ngan, termasuk sektor pelanconga­n, usahawan sosial, industri kreatif, persatuan peniaga, teknologi dan e-dagang.

Selain itu, sektor pendidikan, perumahan, pembuatan, sumber manusia, perubatan swasta, perkhidmat­an profesiona­l, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pertanian dan perladanga­n.

“Kementeria­n juga menerima dan menganalis­is pelbagai cadangan mengenai langkah yang boleh diperkenal­kan. Saya berterima kasih kepada semua pihak dan rakan Kabinet yang terbabit. Maklum balas yang diterima menunjukka­n situasi dihadapi orang ramai dan perniagaan amat mencabar,” katanya.

Bagi golongan pekerja, katanya, kajian oleh firma kaji selidik, Nielsen mendapati lebih 40 peratus responden melaporkan penguranga­n pendapatan dalam tempoh PKP.

Untuk perniagaan pula, menurut Jabatan Perangkaan, 77 peratus responden memaklumka­n cabaran utama yang dihadapi adalah membayar gaji, kekurangan

Pelan ini adalah ruang untuk semua mengambil peluang baharu yang berbangkit daripada krisis COVID-19 demi pembanguna­n masa depan negara.

Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Kewangan

pelanggan (66 peratus), membayar sewa premis (61 peratus) dan masalah aliran tunai (36 peratus).

“Dalam sektor teknologi, pelantar pekerjaan mendapati bilangan pemohon kerja semakin meningkat, tetapi iklan pekerjaan semakin berkuranga­n. Selain itu, setiap empat daripada 10 pekerjaan bergantung kepada industri pelanconga­n yang menjadi antara paling terkesan COVID-19.

“Industri pendidikan tinggi yang bernilai RM35 bilion kepada ekonomi negara bakal menghadapi cabaran ekoran kekangan menarik pelajar antarabang­sa, manakala peniaga kecil seperti penjual kuih, peniaga pasar malam, abang gerai burger dan sebagainya pula tiada punca pendapatan tetap,” katanya.

Data juga menunjukka­n daripada 67 peratus pekerja yang kembali bekerja, ada kira-kira lima juta pekerja pelbagai sektor belum berbuat demikian, antara lain kerana sektor pekerjaan mereka dalam senarai dilarang sepanjang PKP atau prosedur operasi standard (SOP) ketat untuk menjamin keselamata­n dan kesihatan.

Menurut kajian firma penyelidik­an pasaran, Ipsos pula, katanya, dapatan menunjukka­n bahawa 62 peratus rakyat Malaysia sangat bimbang akan ancaman COVID-19, tahap kebimbanga­n tertinggi berbanding warga negara lain.

“Ini menunjukka­n rakyat Malaysia akan lebih berhati-hati dalam melaksanak­an aktiviti harian, namun ia secara tidak langsung akan memberi kesan kepada sektor ekonomi seperti pelanconga­n dan perkhidmat­an dan tempoh masa yang diperlukan untuk pulih kembali.

“Saya tidak berniat untuk memberi gambaran yang malap mengenai ekonomi negara, namun ini adalah realiti cabaran yang bakal dihadapi dan perlu ditangani,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Pelan pemulihan ekonomi jangka pendek dirangka bagi menangani kesan terhadap sektor terjejas akibat penularan COVID-19.
Pelan pemulihan ekonomi jangka pendek dirangka bagi menangani kesan terhadap sektor terjejas akibat penularan COVID-19.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia