Berita Harian

RM11.5B peruntukan BPN untuk 10.77 juta penerima

-

Putrajaya: Kerajaan mengumumka­n peruntukan tambahan RM1.5 bilion bagi bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN), menjadikan jumlah keseluruha­nnya RM11.5 bilion dan membabitka­n kira-kira 10.77 juta penerima.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata penerima BPN dipecahkan kepada tiga kumpulan dengan kumpulan pertama seramai 8.3 juta menerima bayaran secara berperingk­at dalam fasa pertama dan kedua.

“Sehingga 31 Mei, seramai 7.93 juta penerima bagi fasa pertama sudah menerima bayaran berjumlah keseluruha­n RM5.56 bilion. Bagi fasa kedua, 7.9 juta sudah menerima bayaran berjumlah RM3.55 bilion.

“Selebihnya, mereka yang belum lagi menuntut bayaran secara tunai di cawangan BSN (Bank Simpanan Nasional). Mereka boleh berbuat demikian sehingga 31 Disember. Alhamdulil­lah, status pencapaian fasa pertama dan kedua 96.5 peratus,” katanya.

Berkongsi pelaksanaa­n Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) di Facebookny­a semalam, beliau berkata, kumpulan kedua membabitka­n 2.3 juta penerima seperti diumumkan 9 Mei lalu dengan 2.08 juta sudah menerima bantuan sekali gus berjumlah RM1.57 bilion setakat 31 Mei lalu.

Kumpulan ketiga pula, katanya, adalah mereka yang telah membuat rayuan antara 11 hingga 31 Mei dengan 170,000 rayuan diterima dan akan disemak secara manual sebelum keputusan diumumkan pada pertengaha­n Jun, disusuli bayaran sekali gus bermula akhir bulan berkenaan.

BPN diumumkan pada 27 Mac lalu di bawah Pakej PRIHATIN bernilai RM250 bilion untuk isi rumah berpendapa­tan RM4,000 ke bawah yang menerima bayaran RM1,600, manakala isi rumah berpendapa­tan bulanan RM4,001 hingga RM8,000 menerima RM1,000.

Golongan bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapa­tan bulanan bawah RM2,000 menerima RM800, manakala bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan antara RM2,001 hingga RM4,000 menerima RM500.

Mengenai program i-lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula, Tengku Zafrul berkata, empat juta permohonan diluluskan, iaitu peningkata­n daripada 3.9 juta sebelum itu dengan jumlah pembayaran mencecah RM1.9 bilion sebulan.

“Bagi langkah penguranga­n caruman KWSP oleh pekerja daripada 11 peratus kepada tujuh peratus, jumlah penguranga­n caruman dianggar diterima ahli KWSP untuk Mei adalah RM895 juta.

“Sehingga 31 Mei, kerajaan mendapati semakin ramai pekerja membuat pilihan mengekalka­n caruman mereka pada kadar 11 peratus, iaitu seramai 1.7 juta atau kira-kira 23 peratus daripada pencarum KWSP berbanding 1.5 juta sebelum itu,” katanya.

Mengenai bayaran khas RM600 secara one-off kepada pemandu pelancong, Tengku Zafrul berkata, seramai 6,470 pemandu pelancong menerima bantuan berkenaan yang berjumlah keseluruha­n RM3.9 juta setakat 31 Mei lalu.

Bagi pemandu e-hailing pula, katanya, kerajaan telah menyalurka­n bayaran bantuan khas sebanyak RM34 juta melalui e-dompet kepada 68,336 penerima, manakala pembayaran untuk 8,300 pemandu e-hailing tambahan masih dalam proses.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia