Berita Harian

Akad nikah rentas negeri kini dibenar

Isu tambahan jemaah tunai solat turut akan diputus Sabtu ini

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan semalam, mengumumka­n lebih banyak kelonggara­n diberikan kepada rakyat, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berbaki seminggu lagi.

Antara kelonggara­n terbaharu diumumkan semalam ialah kebenaran rentas negeri bagi tujuan akad nikah dan khidmat jurufoto merakam gambar pengantin di tempat terbuka.

Semua taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di seluruh negara juga dibenarkan kembali beroperasi mulai semalam, dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Selain itu, krew drama, filem dan iklan juga dibenarkan kembali ke lokasi penggambar­an mulai Rabu depan dengan syarat mematuhi SOP termasuk tidak mengadakan perhimpuna­n.

Ketika mengumumka­n kelonggara­n itu, Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pada Sabtu ini, kerajaan juga akan memutuskan isu tambahan jemaah untuk solat berjemaah.

Beliau berkata, isu berkaitan kebenaran kedai gunting rambut, salun kecantikan serta perniagaan pasar malam kembali beroperasi juga akan diputuskan pada hari sama.

“(Sebelum ini) Ramai yang memohon kebenaran polis untuk merentas negeri bagi tujuan bernikah. Mesyuarat (hari ini) bersetuju membenarka­n rentas negeri bagi tujuan itu.

“Syaratnya, kelulusan rentas negeri diperoleh daripada polis dan mematuhi SOP sama iaitu tidak boleh melebihi 20 orang (kehadiran pada majlis akad nikah), tanpa bersalaman dan menjaga jarak sosial,” katanya pada sidang media di Putrajaya, semalam.

Ismail Sabri berkata, khidmat jurufoto perkahwina­n juga dibenarkan untuk aktiviti mengambil gambar pasangan pengantin di tempat terbuka seperti tepi tasik dan sebagainya.

“Kita bersetuju benarkan jurufoto ambil gambar pengantin di tempat terbuka tetapi SOP tetap sama seperti jaga jarak dan menggunaka­n sanitizer,” katanya.

Berhubung tambahan jemaah solat berjemaah, operasi kedai gunting rambut, salon kecantikan dan pasar malam, beliau berkata, Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan meneliti SOP pada Sabtu ini.

“SOP untuk kedai gunting, salun kecantikan dan pasar malam, kita minta dibentangk­an pada Sabtu ini.

“Begitu juga sembahyang berjemaah dengan (ada) cadangan meminta dibenarkan mengikut keluasan masjid, seperti Masjid Putrajaya, kalau buat penjarakan satu meter, boleh muatkan lebih 100 orang.

“Perkara ini kita serahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bentangkan pada Sabtu,” katanya.

Ketika ini, kebenaran menunaikan solat berjemaah diberikan kepada ahli jawatankua­sa masjid dan surau dalam bilangan yang terhad di masjid dan surau terpilih sahaja.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia