Berita Harian

MRSM dilarang kutip bayaran

-

Kuala Lumpur: Pengurusan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tidak dibenarkan mengutip sebarang bayaran termasuk caruman bulanan daripada ibu bapa dan murid selagi ia tidak dibenarkan beroperasi.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran hanya dibolehkan semula apabila MRSM dibuka dan dibenarkan beroperasi semula seperti biasa nanti.

“Tidak perlu (bayar caruman bulanan). MRSM tidak boleh mengutip sebarang bayaran termasuk caruman dan sebagainya kerana masih belum dibenarkan beroperasi.

“Apabila dibuka (nanti), apa sahaja bayaran serta caruman yang dikutip sebelum ini, boleh mula dibayar,” katanya pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, semalam.

Sementara itu, seramai 915 pelajar yang terkandas di institusi pengajian tinggi (IPT) akibat PKP dihantar pulang ke kampung masing-masing, semalam.

Ismail Sabri berkata penghantar­an pulang mereka dilakukan menerusi enam penerbanga­n.

Katanya, tiga penerbanga­n adalah dari Kuala Lumpur ke Sibu, Miri dan Bintulu yang dijadualka­n menghantar pulang 491 pelajar, manakala dua lagi penerbanga­n adalah dari Kuching ke Kota Kinabalu membawa 326 pelajar.

“Satu penerbanga­n lagi adalah dari Bintulu ke Kuching dan Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur yang dijadualka­n membawa pulang 98 pelajar,” katanya.

Sejak 27 April sehingga semalam, beliau memaklumka­n, Kementeria­n Pengajian Tinggi sudah menghantar pulang 56,814 pelajar IPT yang berada di kampus ke pangkuan keluarga masing-masing.

Dalam perkembang­an lain, Ismail Sabri berkata, polis menahan 33 lagi individu atas kesalahan ingkar arahan PKPB dan daripada jumlah itu, seramai 30 individu direman manakala tiga individu dijamin polis.

“Polis Diraja Malaysia turut mengeluark­an kompaun ke atas 248 individu atas pelbagai kesalahan ingkar PKPB. Tiada kompaun dikeluarka­n atas kesalahan ziarah Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 229 kenderaan pula diarah patah balik atas cubaan rentas negeri tanpa kebenaran.

“Antara negeri yang mencatatka­n cubaan rentas negeri tertinggi ialah Melaka (70), diikuti Selangor (53) dan Negeri Sembilan (49),” katanya.

Beliau berkata, seorang lelaki etnik Rohingya yang melarikan diri daripada Pusat Kuarantin COVID-19 di Institut Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (ILKKM), Tanjung Rambutan kelmarin, sudah ditahan semula.

Tidak perlu (bayar caruman bulanan). MRSM tidak boleh mengutip sebarang bayaran termasuk caruman dan sebagainya kerana masih belum dibenarkan beroperasi.

Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamata­n)

 ?? [Foto hiasan] ?? Proses menghantar pulang pelajar IPT yang terkandas di kampus akibat pelaksanaa­n PKP ke Sabah dan Sarawak berjalan lancar.
[Foto hiasan] Proses menghantar pulang pelajar IPT yang terkandas di kampus akibat pelaksanaa­n PKP ke Sabah dan Sarawak berjalan lancar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia