Berita Harian

MKN pantau pematuhan SOP pekerja asing

-

Putrajaya: Sebuah jawatankua­sa di bawah Majlis Keselamata­n Negara (MKN) akan meneliti aspek pematuhan pekerja asing di negara ini terhadap prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkara itu dibincangk­an pada mesyuarat MKN semalam susulan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja asing.

Berdasarka­n pemodelan bagi unjuran kes COVID-19 oleh Institut Kesihatan Malaysia (IKM), katanya, rakyat negara ini didapati mematuhi SOP ditetapkan, namun kebimbanga­n adalah apabila membabitka­n pekerja asing.

“Kita lihat rakyat Malaysia patuh pada SOP, maka kalau rakyat Malaysia dan pekerja asing dapat patuh SOP, nescaya kita dapat tamatkan atau putuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini,” katanya pada sidang media hariannya, di sini semalam.

Kelmarin, Dr Noor Hisham mendedahka­n graf kes harian sebenar merangkumi semua kes COVID-19 di Malaysia menunjukka­n peningkata­n ketara kes positif dalam kalangan bukan warganegar­a sejak 29 April.

Ia disebabkan kes import dari luar negara serta penularan wabak dalam kalangan bukan warganegar­a di beberapa Depoh Tahanan Imigresen (DTI) dan juga pekerja asing pelbagai sektor dalam komuniti.

Setakat semalam, 410 pendatang asing tanpa izin (PATI) di DTI Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang didapati positif COVID-19 dan KKM sedang menyiasat pusat jangkitan berkenaan.

Sementara itu, beliau berpendapa­t, penguatkua­saan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) perlu dilanjutka­n bagi membolehka­n pemantauan dan pengawasan berterusan dilaksanak­an jika lebih banyak sektor ekonomi dibuka kelak.

Katanya, jika rakyat terus patuh SOP yang ditetapkan, ketika itu baru kerajaan bersedia dengan strategi keluar untuk menamatkan PKPB.

“Jika kita kekal mendapat satu atau dua digit yang rendah (kes baharu) dan tiada peningkata­n kes mendadak pasca Aidilfitri, maka kita rasa perlu membuka lagi sektor ekonomi yang lain, namun ia memerlukan kawalan. Jika kita keluar daripada strategi keluar, maka akan tiada kawalan langsung.

“Sekarang kawalan ini bergantung kepada Akta 342, antaranya membabitka­n kawalan sempadan dan penjaran sosial yang mana kuasa pelaksanaa­nnya diturunkan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia.

“Jika semua sektor dibuka dan pemantauan kita berjalan dengan baik, kita masih kekalkan dua atau satu digit, maka kita bersedia untuk strategi keluar. Inilah yang kita katakan soft landing, iaitu supaya rakyat patuh SOP,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia