Berita Harian

Proses saringan hanya bagi Penjara Sungai Buloh

Pelaksanaa­n susulan seorang bekas banduan warga asing positif virus

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim, Mohd Nasaruddin Parzi dan Siti Rohana Idris bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Proses saringan COVID-19 hanya dilakukan di Penjara Sungai Buloh selepas disahkan wujud kes positif di situ, tidak membabitka­n semua penjara di seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu sama seperti dilakukan ketika kes positif virus berkenaan dikesan di tiga depoh tahanan imigresen sebelum ini.

“Kita hanya buat saringan di kawasan yang terbabit. Katakan Penjara Sungai Buloh, kita buat saringan di penjara yang ada positif COVID-19 sahaja.

“Sama seperti depoh tahanan imigresen, oleh kerana positif hanya berlaku di Depoh Tahanan Imigresen Semenyih, Bukit Jalil dan Sepang, tiga sahaja yang kita saring,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, semalam.

Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata kakitangan Penjara Sungai Buloh dan 800 banduan di penjara itu akan disaring susulan seorang bekas banduan warga asing didapati positif COVID-19.

Bekas banduan berkenaan dipenjarak­an di situ pada 2016 sebelum dibebaskan 13 Mac lalu dan selepas didapati positif COVID-19, dia dipindahka­n ke Depoh Tahanan

Imigresen Semenyih.

Sementara itu, di Kota Bharu, 570 banduan warga asing menjalani saringan kesihatan ujian calitan COVID-19 di dua penjara di negeri ini.

Pengarah Penjara Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob, berkata saringan sejak seminggu lalu itu dilakukan secara berkala dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa terdekat. “Saringan dibuat secara berperingk­at kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementeria­n Kesihatan (KKM), mana-mana banduan yang berada dalam penjara lebih dari enam bulan tidak perlu membuat saringan.

“Keutamaan dibuat ke atas banduan warga asing yang baru ditahan atas pelbagai kesalahan sebelum diserahkan kepada agensi penguat kuasa berkaitan.

“Kita lihat pada tarikh bebas dan perbicaraa­n yang akan didahuluka­n,” katanya pada sidang media selepas majlis serah terima tugas Pengarah Penjara Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Mat berkata, pihaknya menunggu arahan daripada pihak atasan termasuk KKM sama ada saringan sama perlu dibuat kepada banduan tempatan.

Beliau berkata, kemasukan banduan berterusan, termasuk ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Apabila ada tangkapan, mereka akan dibawa ke penjara sama ada banduan reman, menunggu dijatuhkan hukum atau yang sudah dijatuhkan hukuman.

“Setakat ini, belum ada arahan untuk dibuat saringan ke atas banduan tempatan dan jika ada kami akan patuhi bagi memastikan pelaksanaa­nnya,” katanya.

Mat sebelum ini menyandang tugas sebagai Pengarah Penjara Pengkalan Chepa selama dua tahun kini dilantik Pengarah Negeri,

Kita hanya buat saringan di kawasan yang terbabit. Katakan Penjara Sungai Buloh, kita buat saringan di penjara yang ada positif COVID-19 sahaja. Sama seperti depoh tahanan imigresen, oleh kerana positif hanya berlaku di Depoh Tahanan Imigresen Semenyih, Bukit Jalil dan Sepang, tiga sahaja kita saring.

Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamata­n)

berkuat kuasa semalam.

Majlis serah terima tugas disaksikan Pengarah Penjara Negeri Pahang, Komisioner Penjara Datuk Abd Basir Mohamad.

Jawatan Pengarah Penjara Pengkalan Chepa kini disandang Penolong Kanan Komisioner Wan Sani Ab Latiff yang sebelum ini bertugas di Penjara Marang, Terengganu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia