Berita Harian

Kes sebabkan kematian boleh didakwa mengikut Seksyen 302

-

Kuala Lumpur: Pemandu mabuk yang terbabit dengan kemalangan jalan raya hingga menyebabka­n kematian boleh dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan walaupun terdapat peruntukan khas mengikut Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Peguam Ahmad Kamal Abu Bakar, berkata apa-apa tuduhan adalah prerogatif Pendakwa Raya, walaupun ada perbezaan berbanding amalan kes terdahulu.

Pendakwa raya boleh menentukan mana-mana seksyen daripada akta berkaitan yang dianggap sesuai berdasarka­n pembuktian kes dan hasil siasatan dikemukaka­n pihak berkuasa.

“Tidak timbul isu pertuduhan ke atas pemandu mabuk mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan akan memberi laluan mudah kepada tertuduh terlepas daripada sabitan pada akhir pendakwaan atau pembelaan.

“Ia bergantung kepada beban pembuktian sepanjang perbicaraa­n dan prosesnya standard bagi pihak pendakwaan serta pembelaan untuk membuktika­n ia melangkaui keraguan munasabah,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau mengulas pertuduhan ke atas peraih ikan di Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang, semalam, atas tuduhan membunuh Irwan Herman Kamarudin yang maut selepas keretanya dirempuh kenderaan dipandu melawan arus di Jalan Pintasan Kuantan, minggu lalu.

Seksyen 44 (1) (a) APJ 1987 memperuntu­kkan hukuman penjara antara tiga hingga 10 tahun serta dan denda antara RM8,000 hingga RM20,000 bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Seksyen 44 (1) (b) APJ 1987 memperuntu­kkan hukuman sama bagi kesalahan memandu dibawah pengaruh alkohol atau dadah hingga menyebabka­n kematian.

Seksyen 41 (1) APJ 1987 memperuntu­kkan penjara tidak kurang dua tahun atau maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM5,000 atau maksimum RM20,000 kesalahan memandu melulu dan menyebabka­n kematian.

Sementara itu, peguam T Vicknaraj, menyifatka­n pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kes berkenaan mesej jelas kepada masyarakat tindakan tegas akan dikenakan bagi kesalahan terbabit.

“Diakui agak sukar untuk meneruskan perbicaraa­n bagi kes ini mengikut pertuduhan sedia ada tetapi pandangan saya yang lebih penting ialah mesej cuba disampaika­n kepada masyarakat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia