Berita Harian

DBKL beku permohonan jual arak

-

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membekukan semua permohonan baharu dan pembaharua­n lesen penjualan minuman keras di pusat bandar, berkuat kuasa semalam.

Ia susulan pengumuman Menteri Wilayah Persekutua­n, Tan Sri Annuar Musa berikutan banyak kemalangan maut berlaku membabitka­n pemandu mabuk, kebelakang­an ini.

Perkara itu dimaklumka­n menerusi notis pemberitah­uan dikeluarka­n Jabatan Pelesenan dan Pembanguna­n Penjaja DBKL yang dimuat naik di laman Facebook semalam.

“Tindakan penguatkua­saan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalanka­n aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen,” katanya.

Sementara itu, jurucakap DBKL ketika dihubungi, memaklumka­n arahan pembekuan bagi permohonan baharu dan pembaharua­n lesen penjualan minuman keras itu berkuat kuasa bagi suatu tempoh yang akan dimaklumka­n kemudian.

“Arahan ini akan menyaksika­n penguranga­n bilangan premis yang menjual minuman keras secara sah. Ia dibuat bagi mengekang kejadian kes kemalangan akibat pemandu mabuk.

“Perkara ini disepakati jawatankua­sa khas berkaitan penjualan arak yang turut membabitka­n Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM),” katanya.

Kelmarin, Annuar dilaporkan berkata, tindakan pembekuan itu wajar sehingga satu garis panduan diwujudkan dan semakan perundanga­n dilakukan pihaknya.

Sebanyak 21 kes kemalangan jalan raya membabitka­n pemandu mabuk dengan lapan kes kematian direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), antara Januari hingga Mei lalu.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan

Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahka­n Kementeria­n Pengangkut­an merangka pindaan Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu disabit kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Di Teluk Intan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata kementeria­n sedia mempertimb­angkan untuk menghentik­an pemberian lesen baharu bagi menjual arak, susulan kes kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk yang semakin menjadi-jadi.

Katanya, beberapa perkara perlu dibincangk­an dengan kementeria­n lain sebelum membekukan lesen berkenaan.

“Kita perlu fokus bagaimana untuk mengetatka­n lagi undang-undang dan hukuman juga perlu diteliti semula.

“Kita ada undang-undang pengangkut­an di bawah Kementeria­n Pengangkut­an dan selain itu, perkara demikian juga berkaitan dengan MITI (Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri),” katanya kepada pemberita selepas melawat Gerai Rakyat di Langkap, semalam.

Zuraida menegaskan, kementeria­nnya akan meneliti dan mengkaji perangkaan mengenai kemalangan jalan raya membabitka­n pemandu mabuk, sebelum membekukan pemberian lesen.

Zuraida Kamaruddin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia