Berita Harian

3 pegawai undang-undang ditahan siasatan kes rasuah

Suspek dipercayai minta wang berjumlah RM500,000

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan hifzuddin@bh.com.my

Alor Setar: Tiga pegawai undang-undang Pulau Pinang termasuk seorang ketua jabatan, semalam, direman tiga hingga enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM500,000.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim selepas mendapat permohonan daripada Pegawai Pendakwa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sew Ping.

Berikutan itu, suspek pertama berusia 42 tahun direman enam hari dan dua lagi suspek berusia 29 dan 52 tahun direman tiga hari bermula semalam, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Kelmarin, SPRM Kedah menahan tiga suspek di Pulau Pinang dan di Pejabat SPRM Kedah selepas mereka dipercayai meminta wang berjumlah RM500,000 dan menerima wang RM100,000.

Dalam operasi SPRM pada Isnin, tangkapan pertama dibuat di sebuah hotel di Pulau Pinang pada jam 12.15 tengah hari Isnin, membabitka­n seorang suspek berusia 42 tahun.

Berikutan itu, dua lagi suspek berusia 29 dan 52 tahun ditahan di Pejabat SPRM Kedah antara jam 10.15 malam hingga jam 10.38 malam kelmarin.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek terbabit meminta wang rasuah berjumlah RM500,000 dan menerima RM100,000 daripada seorang orang awam bagi memastikan kes komersial yang dilaporkan orang awam itu dituduh di mahkamah.

Pihak SPRM turut melakukan pemeriksaa­n di kediaman dan pejabat ketiga-tiga suspek sebelum menemui sejumlah wang.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan dan meminta orang ramai yang menjadi mangsa kegiatan berkenaan tampil membantu siasatan.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Tiga pegawai undang-undang Pulau Pinang siasatan kes rasuah RM500,000. direman bagi membantu
(Foto BERNAMA) Tiga pegawai undang-undang Pulau Pinang siasatan kes rasuah RM500,000. direman bagi membantu
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia