Berita Harian

Rakyat tempatan sanggup kerja di pasar

-

Kuala Lumpur: Tidak timbul dakwaan menyatakan penduduk tempatan malas dan enggan bekerja di pasar borong Selayang kerana ketika ini kira-kira 100 warga tempatan masih menunggu kekosongan kerja di pasar berkenaan.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Pasar Borong Harian Selayang, Mohamad Pandu Insan Yahya, percaya ia cuma dakwaan daripada kumpulan yang selama ini menguruska­n pekerja asing.

“Saya percaya kumpulan ini sengaja mereka cerita sebagai tekanan kepada kerajaan untuk mengambil semula pekerja asing sejak kerajaan menetapkan pengambila­n pekerja tempatan di sektor pekerjaan itu,” katanya kepada BH.

Beliau menjelaska­n, dengan dasar baharu kerajaan untuk tidak mengambil pekerja asing bekerja di pasar borong, pihaknya mengendali­kan lebih 20 permohonan kerja sehari.

Katanya, pihaknya sahaja sudah membantu kira-kira 200 orang mendapatka­n kerja manakala selebihnya diambil bekerja majikan atau ‘tauke’ di pasar borong.

“Saya anggarkan 400 orang tempatan sudah pun bekerja di pasar borong ini sejak sebelum Aidilfitri lalu.

“Dalam sehari, kami terima lebih 10 panggilan yang bertanyaka­n kekosongan kerja. Kita bantu memberikan maklumat jawatan kosong dan ada yang kita temu duga dan padankan dengan kekosongan yang ada,” katanya.

Baru-baru ini, viral di media sosial menyatakan, majikan di pasar borong sukar mendapatka­n pekerja kerana tidak menawarkan gaji tinggi selain tidak mahu terikat untuk pembayaran potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Turut viral kononnya, kegagalan majikan menyediaka­n potongan KWSP menyebabka­n orang tempatan tidak berminat bekerja di pasar borong.

Mohd Pandu Insan berkata, beliau percaya dakwaan yang viral itu tidak menggambar­kan situasi sebenar di lapangan.

Katanya, setiap hari lebih 30 orang akan mula bekerja dan mereka membabitka­n pelbagai bangsa, tua mahu pun muda.

“Tidak timbul isu majikan tidak mahu bayar KWSP atau sebagainya. Saya kira sekarang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ramai yang memerlukan kerja kerana sesetengah syarikat terpaksa menutup operasi.

“Untuk meneruskan hidup, saya kira orang Malaysia sudah tidak memilih kerja, mereka sanggup bekerja asalkan mendapat gaji untuk meneruskan kehidupan.

“Ramai yang datang dalam kalangan belia, malah ada yang ditemu duga adalah lepasan institusi pengajian tinggi. Saya diberitahu mereka sanggup bekerja sementara,” katanya.

Keratan akhbar BH

Saya percaya kumpulan ini sengaja mereka cerita sebagai tekanan kepada kerajaan untuk mengambil semula pekerja asing

 ??  ?? 21 Mei lalu.
21 Mei lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia