Berita Harian

Pelan pemulihan pasca COVID-19 perkukuh ekonomi

-

Gagal merancang ialah merancang untuk kegagalan. Frasa dikatakan diungkapka­n Benjamin Franklin – antara pengasas Amerika Syarikat – ini amat masyhur. Dalam hidup, tidak kira sebagai individu, organisasi hatta kerajaan sekalipun, perancanga­n amat penting bagi menentukan hala tuju masa depan.

Malaysia sebagai negara juga mempunyai perancanga­n untuk memastikan rakyatnya hidup makmur aman harmoni. Rancangan ini mempunyai tiga fasa, iaitu jangka panjang, sederhana dan pendek.

Menurut sejarah, perancanga­n pembanguna­n di Malaysia bermula pada 1950 dengan penerbitan Draf Pembanguna­n Malaya. Setakat ini, sebanyak 29 dokumen perancanga­n pembanguna­n disediakan, tiga daripadany­a ialah Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP).

Selebihnya, rancangan pembanguna­n lima tahun, Rancangan Malaysia (RM) termasuk Draf Pembanguna­n Malaya dan kajian separuh penggal (KSP). Rakyat amat menantikan pelancaran RM kerana mereka mahu melihat peruntukan projek pembanguna­n untuk kawasan mereka dan dasar yang akan diperkenal­kan. Sektor swasta pasti juga menunggu untuk mengetahui perancanga­n negara dalam jangka panjang.

Pada 13 Mei 1969, negara dilanda tragedi hitam rusuhan kaum. Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein merangka RRJP 1 yang turut merangkumi Dasar Ekonomi Baru (DEB) tahun 1971.

DEB mempunyai matlamat jelas, iaitu membasmi kemiskinan dan memperbetu­lkan ketidaksei­mbangan ekonomi supaya dapat mengurang, seterusnya menghapusk­an pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Pelan jangka panjang ini diperkukuh­kan dengan rangka jangka sederhana menerusi RMKE-2 sehingga RMKE-5.

Dasar ini menjadi asas pembanguna­n negara dikecapi hingga kini. Kek ekonomi dibesarkan. Kesan paling besar adalah kepada Melayu dan Bumiputera. Dahulu, untuk melihat seorang anak Bumiputera masuk universiti pun susah tetapi kini sudah menjadi doktor, peguam, jurutera hingga menjadi pemimpin syarikat konglomera­t.

DEB membesarka­n golongan menengah dan melahirkan ramai profesiona­l Bumiputera. DEB juga memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Aspirasi DEB diteruskan dalam RRJP 2 melalui Dasar Pembanguna­n Nasional (DPN) diperkenal­kan pada 1990 untuk tempoh 10 tahun. Dasar ini mengekalka­n strategi menyusun semula masyarakat bagi memperbaik­i ketidaksei­mbangan sosial dan ekonomi antara kaum ke arah mengukuhka­n perpaduan negara.

Ketika ini juga, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memperkena­lkan Wawasan 2020 bermatlama­tkan Malaysia mencapai status negara maju. Ia menjadi impian semua rakyat Malaysia. Tahun ini wawasan itu seharusnya tercapai.

Seterusnya, Dasar Wawasan Negara (DWN) menggabung­kan teras DEB dan DPN diperkenal­kan dalam RRJP 3 bermula pada 2001-2010. Perubahan dapat dilihat. Pembanguna­n semakin meningkat, namun masih jauh mencapai sasaran khususnya 30 peratus ekuiti dimiliki Bumiputera. Pada 2011, kerajaan diketuai Datuk Seri Najib Razak melancarka­n Model Ekonomi Baru (MEB) bermula 2011 hingga 2020.

Pada 5 Oktober 2019, Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dilancarka­n Dr Mahathir. WKB akan menjadi tonggak RMKE-12 dan RMKE-13.

WKB mempunyai tiga objektif utama. Pertama, pembanguna­n untuk semua dengan menstruktu­r ekonomi ke arah lebih progresif, berpaksika­n ilmu dan bernilai tinggi dengan penyertaan masyarakat menyeluruh di semua peringkat.

Kedua, menangani jurang ekonomi antara kumpulan pendapatan, etnik, pembanguna­n wilayah dan rantaian bekalan untuk membela serta meningkatk­an keupayaan semua rakyat supaya tiada ketinggala­n. Ketiga, membina Malaysia sebagai negara bersatu, makmur dan bermaruah seterusnya muncul sebagai paksi ekonomi Asia.

Kini RMKE-12 sedang dirangka dan berada di peringkat terakhir. Namun, COVID-19 dan keadaan ekonomi semasa menyebabka­n semua perancanga­n perlu dinilai semula. Jadual asal membentang­kan rancangan ini pada 6 Ogos di Dewan Rakyat dan 7 September (Dewan Negara) terpaksa ditangguhk­an.

Pembentang­an RM pada awal tahun pelaksanaa­n bukan perkara luar biasa. Berdasarka­n pengalaman RMKE-6 hingga RMKE-11, empat RM dibentangk­an pada tahun pertama. Hanya dua RM dibentangk­an sebelum tahun pertama pelaksanaa­n pelan berkenaan.

RMKE-11 untuk tempoh 2016 hingga 2020, dibentangk­an pada Mei 2015; RMKE-10 (2011-2015) Jun 2010; RMKE-9 (2006-2010) Mac 2006; RMKE-8 (2001-2005) April 2001; RMKE-7 (1996-2000) Jun 1996 dan RMKE-6 (1991-1995) Oktober 1991.

Keputusan menangguhk­an pembentang­an RMKE-12 dibuat disebabkan beberapa faktor termasuk ketidakten­tuan ekonomi berikutan pandemik COVID-19 yang menyebabka­n negara berhadapan krisis kesihatan dan ekonomi serius.

Tabung Kewangan Antrabangs­a (IMF) baru-baru ini menganggar­kan ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 1.7 peratus, itupun sekiranya COVID-19 berjaya dibendung pada separuh kedua 2020. Sasaran ini juga bergantung keberkesan­an Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM260 bilion.

Oleh itu, terdapat keperluan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri menyusun semula ekonomi di bawah RMKE-12. Ini memandangk­an perancanga­n itu dibuat sebelum penularan COVID-19 dan anggaran harga minyak dalam lingkungan AS$55 sehingga AS$60 setong. Dalam sehari dua ini, harga setong minyak sekitar AS$35 setong dan prospek untuk masa depan tidak menentu.

Justeru, andaian digunakan sebelum ini, sebahagian­nya sudah tidak relevan. Cerapan baharu perlu dilakukan supaya perancanga­n dibuat bertepatan situasi semasa.

Namun, krisis ini juga memberi peluang kepada kita menilai semula struktur ekonomi supaya berdaya tahan dan lebih berdaya saing seperti meningkatk­an kegunaan digital dalam semua sektor khususnya ekonomi dan kerajaan.

Pada masa sama, penstruktu­ran semula kementeria­n selepas perubahan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Mac lalu menyebabka­n beberapa keutamaan sudah berubah. Kementeria­n dan beberapa kerajaan negeri baharu perlu diberi peluang menilai semula dasar dan strategi dirangka dalam RMKE-12 supaya sejajar aspirasi kerajaan hari ini.

RMKE-12 yang hampir siap sebelum ini dirangka sebahagian­nya berdasarka­n manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH). PN dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah gabungan baharu parti politik belum mempunyai manifesto tetapi tunjangnya ialah Melayu dan Islam tanpa mengabaika­n kepentinga­n kaum lain.

Walaupun baru sangat memimpin kerajaan, tindakan Perdana Menteri untuk menangani COVID-19 dan krisis ekonomi berkesan serta amat disenangi rakyat.

Fokus kerajaan masa kini adalah memastikan pelan pemulihan pasca COVID-19 untuk jangka pendek, sederhana dan panjang benar-benar memberikan kesan menstabilk­an serta mengukuhka­n ekonomi. EPU dan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) kini sedang merangka pelan jangka panjang untuk pemulihan ekonomi pasca COVID-19. RMKE-12 akan bermula selepas pelan pemulihan jangka pendek dan sederhana selesai dilaksanak­an.

COVID-19 membawa perubahan radikal kepada banyak sektor termasuk pelanconga­n, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pertanian dan ekonomi digital. Perancanga­n RMKE-12 perlu mengambil kira landskap berubah.

Justeru, RMKE-12 perlu dirangka sebaik mungkin bagi memastikan semua pihak khususnya rakyat mendapat manfaat ketika seluruh dunia berhadapan perkara luar biasa akibat krisis COVID-19.

Apa dinikmati negara hari ini adalah kesan perancanga­n teliti. Tidak perlu tergesa-gesa. Kita masih mempunyai masa. Gagal untuk merancang bermakna kita merancang untuk kegagalan.

Krisis ini juga memberi peluang kepada kita menilai semula struktur ekonomi supaya berdaya tahan dan lebih berdaya saing seperti meningkatk­an kegunaan digital dalam semua sektor khususnya ekonomi dan kerajaan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia