Berita Harian

Projek pendigital­an kebangsaan pelaburan menguntung­kan

-

Saudara saya yang pernah berkhidmat sebagai guru Kimia, berkongsi pengalaman perit mengenai program Komputer Untuk Sekolah dianjurkan beberapa tahun lalu. Tentu masih ramai ingat program berimpak tinggi yang membekalka­n sekolah dengan komputer percuma. Ia sebahagian pelan pendigital­an kebangsaan.

Banyak publisiti diberi dalam usaha memperkasa­kan kegunaan komputer dalam pembelajar­an.

Projek pendigital­an kebangsaan itu juga bertujuan menyenangk­an pembelajar­an dalam talian. Hasrat murni itu patut dipuji. Malangnya, sistem pada masa itu belum tersedia. Ia gagal mengambil kira infrastruk­tur jalur lebar yang belum maju ketika itu, terutama di luar bandar.

Ditambah pula kurang perhatian diberi kepada kos pengendali­an yang tinggi, tidak hairanlah komputer akhirnya terbengkal­ai hingga menjadi antara buangan elektronik bermasalah dan perlu ditangani dengan baik.

Ketika penularan COVID-19 mencengkam dunia sekarang, sektor pendidikan tidak terlepas daripada gangguan. Dalam menyampaik­an pelajaran, sangat rumit untuk mengamal penjarakan fizikal. Keperluan jalur lebar menjadi lebih terdesak.

Kelajuan memuat turun dan memuat naik maklumat menjadi lebih kritikal apabila pembelajar­an dalam talian menjadi normal baharu. Boleh dikatakan semua universiti menggunaka­n platform dalam talian, selain sebahagian sekolah.

Di kawasan bandar, tidak banyak masalah, tetapi ia terserlah di luar bandar. Sungguhpun jalur lebar banyak berubah sejak pengalaman pahit program Komputer Untuk Sekolah, pakar jalur lebar berpendapa­t sistemnya belum mampu menepati keperluan melonjak tinggi.

Bukan hanya sektor pendidikan memerlukan sokongan jalur lebar jitu, sebaliknya sektor seperti perdaganga­n, penghantar­an makanan pesanan dan perbankan, semuanya memerlukan sokongan jalur lebar. Beberapa tahun lalu, Akademi Sains Malaysia (ASM) membangkit­kan isu jalur lebar untuk diberi perhatian. Malangnya,

cadangan itu tidak diambil berat.

Menurut penilaian dunia terkini mengenai sistem internet sejagat, kedudukan negara tidak begitu memberangs­angkan. Kita di tangga 40 bersama Bangladesh dan Ethiopia. Antara negara di kedudukan teratas, termasuk Korea Selatan, Singapura dan Taiwan.

Apa yang sangat menyedihka­n ini berlaku 20 tahun sejak negara melancar projek berhasrat tinggi Koridor Raya Multimedia (MSC), iaitu kira-kira masa sama Korea Selatan melancar projek multimedia mereka. Tambah menyedihka­n, 20 tahun dulu kita berjaya menundukka­n Korea Selatan dalam bola sepak melayakkan negara ke Sukan Olimpik di Munich. Memang malu kerana kita masih terkebelak­ang berbanding Korea Selatan dalam sistem jalur lebar.

Bagaimanap­un, masih belum terlewat melakukan sesuatu. Namun, kita harus bertindak segera. Belanjawan 2021 yang akan dibentangk­an tidak lama lagi perlu mengagihka­n kewangan lebih bagi menaik taraf infrastruk­tur jalur lebar negara. Kita juga perlu menentukan pelaksanaa­nnya cekap, tanpa apa-apa ketirisan.

Kita tidak boleh kekal di tangga bawah dalam kerangka pencapaian jalur lebar sejagat, jika ingin bersaing di persada dunia. Pendidikan sudah menjadi perdaganga­n antarabang­sa yang kian berkembang. Dilaporkan setiap tahun, negara berjaya meraih pendapatan hingga RM40 bilion daripada pelajar luar negara.

Ini dijangka meningkat ekoran ramai pelajar luar negara berhasrat beralih daripada destinasi tradisi pembelajar­an di Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Malaysia dan Korea Selatan disebut destinasi pilihan pelajar luar negara. Bagi menarik perhatian, kita perlu menaik taraf sokongan jalur lebar kerana kini pengajaran dilakukan secara dalam talian.

Jika jaringan jalur lebar mampu menandingi negara terbaik di dunia, pembelajar­an akan lebih mesra dan mudah. Sekarang, universiti sering menghadapi masalah sokongan jalur lebar kurang memuaskan di luar bandar. Malah, sekolah di luar bandar pun bermasalah mengendali kelas dalam talian.

Memang diakui, pelajar dan guru mesti dilatih menggunaka­n pelbagai platform dalam talian. Ini tidak sulit jika jaringan kita efisien. Ramai mengakui banyak manfaat dapat diraih, manakala kos pengajaran lebih murah kerana kurang keperluan perjalanan.

Sekolah daif di luar bandar akan dapat berjalan lebih teratur dan lancar. Semua pelajaran dapat dipancarka­n terus ke rumah masing-masing. Seperti budaya kerja dari rumah, pembelajar­an dari rumah sudah mula diterima sebagai normal baharu.

Ia juga sesuai kepada ibu bekerja. Impak sosial positif sangat ketara kerana keuntungan bagi pengurusan keluarga tidak ternilai harganya. Memang diakui, melabur menaik taraf jaringan jalur lebar negara sungguh menguntung­kan dan mampu menyediaka­n manfaat untuk masyarakat di luar jangkaan.

Kita tidak boleh kekal di tangga bawah dalam kerangka pencapaian jalur lebar sejagat, jika ingin bersaing di persada dunia. Pendidikan sudah menjadi perdaganga­n antarabang­sa yang kian berkembang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia