Berita Harian

Konflik politik tak berkesudah­an mundurkan negara, rakyat

-

Sekali lagi Malaysia digemparka­n percaturan politik baharu ketika rakyat masih dibelenggu penularan COVID-19. Kali ini, ia membabitka­n isu angka dalam politik.

Sejak kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk, polemik kekuatan dan ketahanan kerajaan PN menjadi topik hangat dalam media sosial.

Ada ahli politik mendakwa mempunyai angka mencukupi untuk membolehka­n pemimpin parti mereka dilantik Perdana Menteri (PM).

Namun, rakyat yang terkesan dengan COVID-19, tidak begitu ghairah seperti ahli politik. Mereka mengetepik­an retorik bermotifka­n kepentinga­n politik kepartian atau pemimpin politik tertentu. Mereka lebih mengutamak­an soal kesihatan, kehidupan seharian dan pemulihan ekonomi negara daripada perdebatan isu politik yang dianggap tidak wajar diketengah­kan.

Persoalan sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai angka mencukupi dilantik sebagai PM seharusnya tidak timbul lagi.

Pada hemat Yang di-pertuan Agong, beliau memperoleh sokongan angka mencukupi Ahli Parlimen untuk dilantik Perdana Menteri ke-8 apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan.

Menelusuri sejarah negara, pelantikan PM berdasarka­n sistem demokrasi Westminste­r menjadi amalan sejak kali pertama dilantik pada 1959. Di bawah sistem ini, pengamalan ciri first past the post diterapkan dengan calon meraih undi paling banyak berbanding calon lain, diisytihar­kan pemenang.

Dalam soal PM, parti politik memperoleh jumlah kerusi tinggi di Parlimen bukan asas menentukan pelantikan­nya. Sebaliknya, jumlah sokongan diperoleh seseorang calon dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat menentukan pemilihan PM.

Namun, sejak 1950-an, rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan pelantikan secara konvension­al dengan ketua parti atau pemimpin gabungan parti memenangi jumlah kerusi banyak ketika pilihan raya umum.

Pelantikan Muhyiddin kali pertama dibuat di luar kebiasaan itu, tetapi tetap tertakluk kepada prinsip demokrasi dan Perlembaga­an Persekutua­n. Ia biasanya dilaksanak­an di negara lain apabila sesebuah parti atau gabungan parti menghadapi kesukaran membentuk kerajaan secara sendirian kerana kerusi dimenangi tidak mencapai kadar majoriti membentuk kerajaan.

Dalam soal pelantikan Muhyiddin, beliau bukan sahaja mendapat sokongan Ahli Parlimen partinya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), bahkan daripada Barisan Nasional (BN), bekas PKR, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan parti politik di Sabah.

Mereka dikatakan mencalonka­n Muhyiddin dilantik sebagai PM untuk menyelamat­kan negara daripada kancah kemelut politik berlarutan.

Sokongan Ahli Parlimen pelbagai parti politik sudah cukup menjadi landasan untuk Muhyiddin dilantik. Jadi, bagaimana pula sekarang timbul soal angka tiba-tiba tidak mencukupi? Apakah ada Ahli Parlimen menyokong pencalonan Muhyiddin dulu menarik balik sokongan dalam tempoh masa 90 hari selepas dilantik?

Secara umumnya, menurut ahli falsafah politik seperti Plato, Aristotle, Locke,mills, Thomas Fefferson, Marx dan Mao, malah Sun Tzu serta Niccolo Machiavell­i, politik ialah proses dan cara memperoleh kuasa secara sah untuk berkhidmat demi kepentinga­n rakyat.

Meskipun Muhyiddin dilantik ketika negara dilanda kemelut politik, beliau berjaya memimpin negara penuh dedikasi, terutama ketika COVID-19 menyelubun­gi negara. Kecekapan pimpinanny­a bukan sahaja menyelamat­kan banyak nyawa, malah beliau memastikan ekonomi negara terus dilestarik­an dan kebajikan rakyat, terutama B40 terbela serta dijaga.

Tidak timbul masalah kebuluran dan kesengsara­an rakyat akibat kawalan pergerakan seperti berlaku di negara lain. Di bawah kepemimpin­annya, rakyat terus hidup aman dan harmoni tanpa halangan serta kekangan.

Rakyat perlu merenung kerangka moral politik ditetapkan cendekiawa­n Islam, Imam al-ghazali, yang relevan dengan kedudukan politik semasa.

Menurut al-ghazali, rakyat wajib mencegah dan menghalang sebarang gerakan boleh menimbulka­n perpecahan politik, terutama perebutan kuasa. Ia hanya akan mengakibat­kan ketidakten­tuan negara dan membawa huru-hara serta menimbulka­n kesengsara­an kepada rakyat.

Justeru, pasti ramai akan bersetuju gangguan terhadap perjalanan pentadbira­n negara dan agenda mencetuska­n konflik politik tidak berkesudah­an, tidak akan mendatangk­an sebarang keuntungan kepada rakyat secara keseluruha­nnya.

Kita tidak seharusnya menimbul atau menyokong sebarang percakaran politik bagi kepentinga­n mana-mana individu atau kumpulan. Percubaan memperoleh kuasa politik hanya bersandark­an angka akan mengundang ketidaksta­bilan dalam negara. Rakyat perlu menyokong kuasa politik diperoleh melalui proses sah yang dapat menjamin kesejahter­aan rakyat dan keharmonia­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia