Berita Harian

Hubungan erat antara etnik lahir masyarakat harmoni

-

Transforma­si hubungan etnik di negara ini memiliki catatan sejarah panjang. Pada masa kini, masyarakat pelbagai etnik, ialah ciri utama negara di dunia dan hanya sejumlah kecil negara bercirikan masyarakat monoetnik. Di Malaysia, terdapat lebih 200 kumpulan sub-etnik.

Dengan senario penduduk pelbagai budaya, hubungan etnik erat atau sebaliknya sentiasa menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan pemerintah­an negara ini. Ini kerana perhubunga­n etnik boleh melahirkan masyarakat harmoni atau berkonflik, iaitu bekerjasam­a, penyesuaia­n, persaingan dan konflik.

Transforma­si hubungan etnik di negara ini boleh dibahagika­n kepada empat fasa utama, iaitu Zaman Kesultanan Melayu Melaka, Zaman Penjajahan, Era Pasca-dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Era Pasca-pilihanray­a Umum Ke-14 (PRU-14).

Transforma­si hubungan etnik yang bermula di Zaman Kesultanan Melayu Melaka, memiliki unsur asimilasi dalam kehidupan masyarakat pluralisti­k pada zaman ini. Mereka secara sukarela sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan.

Di samping itu, mereka juga mengamalka­n budaya kehidupan seharian orang Melayu. Selain itu, amalan dan adat resam dibawa masuk orang India juga diterima pakai penduduk tempatan seperti adat bersanding, bunga manggar dan bunga telur dalam majlis perkahwina­n.

Akibatnya, orang Cina dan India ini juga melalui proses integrasi budaya dan sosial dengan masyarakat setempat sehingga melahirkan sub-kelompok seperti Peranakan, Baba Nyonya dan Chetti dalam kalangan mereka.

Berlaku transforma­si hubungan etnik selepas British menguasai Negeri-negeri Selat dan mula melebarkan pengaruh mereka dengan campur tangan di negeri-negeri Melayu. Ini ditambah dengan berlakunya Revolusi Perindustr­ian di Barat, menghasilk­an kegiatan melombong bijih timah di Perak dan Selangor.

Sikap British berorienta­sikan keuntungan dan bertujuan mengeksplo­itasi hasil bumi Tanah Melayu juga mendorong kepada dasar campur tangan. Keadaan ini menyebabka­n British membawa masuk orang Cina dan India yang akhirnya membentuk masyarakat pelbagai etnik serta menimbulka­n masalah seperti pergaduhan kongsi gelap.

Jelas terdapat perbezaan masyarakat majmuk yang wujud di Zaman Kesultanan Melayu Melaka berbanding zaman penjajah British. Perbezaan ini sangat penting kerana memberi kesan besar kepada hubungan etnik di Malaysia sekarang ini.

Pola masyarakat majmuk sebelum kedatangan penjajah British terbentuk melalui proses semula jadi. Mereka datang berdagang secara sukarela untuk mencari kehidupan dan kekayaan. Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan interaksi mesra dengan penduduk tempatan.

Namun, pola pembentuka­n masyarakat majmuk selepas kedatangan penjajah British berbeza dengan zaman sebelum kedatangan mereka. Situasi ini menyebabka­n interaksi dan pengaruh budaya antara masyarakat Cina dengan Melayu terdapat jurang pemisah luas.

Perkara ini disebabkan kawasan penempatan berasingan, iaitu orang Cina tertumpu di kawasan bandar terutama sekali di kawasan perlombong­an. Polisi pentadbira­n Inggeris juga secara sengaja memisahkan penempatan antara etnik ini melalui dasar pecah dan perintah.

Di samping itu, kawasan penempatan orang Cina ialah kawasan berdikari sendiri (self-contained) yang pendudukny­a tidak perlu berinterak­si dengan orang luar untuk kelangsung­an hidup sepanjang hayat. Oleh itu, dari segi pengaruh kebudayaan antara Cina dengan Melayu tidak begitu ketara.

Bagaimanap­un, dari segi bahasa terdapat beberapa serapan bahasa Cina ke bahasa Melayu dan juga sebaliknya, tetapi amat terbatas. Penjajah melambatka­n proses pemantapan sosial dan politik antara kaum.

Transforma­si hubungan etnik berubah lagi Pasca-deb yang jurang pendapatan antara etnik dikurangka­n, kemiskinan hampir dibasmi dan budaya hidup kelas menengah menjadi kenyataan serta struktur masyarakat berubah.

Transforma­si sosial ini menipiskan batas etnik dalam kalangan rakyat dan tingkah laku mereka lebih dicorakkan perkiraan ganjaran material, status sosial dan ikatan sosial berbanding kepentinga­n etnik. Ini bermakna batas etnik wujud tetapi bersifat sekunder. Dalam kehidupan harian, perkiraan etnik tidak menjadi perkiraan utama.

Di sebalik salah faham wujud, kestabilan politik dicapai hasil perluasan amalan perkongsia­n kuasa politik antara parti politik berteraska­n etnik dan agama berjaya menarik pelaburan asing yang membuka peluang pekerjaan.

Melalui DEB, pembasmian kemiskinan berjaya dikurangka­n dan mewujudkan kelas menengah yang ramai. Akibatnya, lahir budaya hidup komersial dalam kalangan rakyat pelbagai budaya. Kesannya, lahir satu budaya keterbukaa­n dalam masyarakat negara ini yang boleh menerima, memperakui, menghormat­i dan berbangga dengan masyarakat bersifat pelbagai budaya.

Mereka, tanpa mengira etnik, boleh berkongsi nilai dan pendapat awam hingga terbina hubungan silang budaya antara mereka walaupun latar belakang mereka tidak seragam dari segi budaya, bahasa dan agama. Jika berlaku konflik dalam masyarakat, ia disebabkan kemunduran, penganggur­an, kemiskinan, peminggira­n dan ketidaksam­arataan dalam kehidupan masyarakat.

Kejadian pergaduhan seperti di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada 1998 dan Kampung Medan, Selangor pada 2001 menunjukka­n pengurusan kumpulan miskin serta pinggiran di bandar perlu diberi perhatian utama.

Transforma­si hubungan etnik dalam negara terus berkembang pesat selepas PRU-14, iaitu selepas 9 Mei 2018. Analisis terhadap pasca-pru-14 mewujudkan senario bersifat positif dan negatif dari aspek hubungan etnik. Ramai beranggapa­n pasca-pru-14 yang sepatutnya membawa wacana politik pembaharua­n berubah menjadi medan polemik dan perdebatan isu agama, etnik serta bahasa.

Pelbagai dakwaan tidak benar atau separuh benar muncul di ruang siber hingga memacu sentimen keagamaan dan perkauman. Isu berkenaan institusi beraja, kedudukan Islam dan Melayu dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, masih dianggap sensitif dibincangk­an secara terbuka kerana berakar umbi sekian lama dalam masyarakat.

Begitu juga agensi berasaskan orang Melayu seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Universiti Teknologi MARA (UITM), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) dan Tabung Haji (TH) akan sentiasa mendapat reaksi yang segera jika disentuh pihak tertentu. Pelantikan jawatan penting kerajaan seperti Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara menjadi isu dalam masyarakat. Polemik ini jelas boleh membawa kepada ketegangan etnik di negara ini.

Analisis di atas menunjukka­n transforma­si hubungan etnik bersifat turun naik dan bergantung kepada bagaimana persoalan kedudukan Melayu dan Islam diuruskan. Semasa Kerajaan Melayu Melaka, ia berada pada tahap baik, manakala di era penjajahan British, hubungan etnik agak longgar disebabkan dasar pecah dan perintah.

Namun, selepas era pasca-deb, batas etnik semakin menipis disebabkan usaha pembanguna­n ekonomi memerlukan pergantung­an antara etnik. Keadaan ini berubah Pasca-pru-14 yang menggambar­kan etnik Melayu terasa tergugat dari aspek kekuasaan politik.

Transforma­si sosial ini menipiskan batas etnik dalam kalangan rakyat dan tingkah laku mereka lebih dicorakkan perkiraan ganjaran material, status sosial dan ikatan sosial berbanding kepentinga­n etnik. Ini bermakna batas etnik wujud tetapi bersifat sekunder. Dalam kehidupan harian, perkiraan etnik tidak menjadi perkiraan utama.

 ?? (Foto hiasan) ?? Perhubunga­n erat antara etnik di Malaysian menjadi agenda untuk keharmonia­n msyarakat.
(Foto hiasan) Perhubunga­n erat antara etnik di Malaysian menjadi agenda untuk keharmonia­n msyarakat.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia