Berita Harian

Minta benar solat jemaah di masjid, surau ikut SOP

- Syed Abdullah Syed Osman Jamalullai­l Taman Zaiton Indah, Seremban

Sudah hampir tiga bulan umat Islam tidak dapat menunaikan kewajipan untuk bersolat jemaah di masjid dan surau. Ini menyebabka­n umat Islam sangat rindukan untuk bersolat Jumaat.

Walaupun setakat ini ada kelonggara­n untuk bersolat Jumaat di masjid dengan bilangan yang sangat terhad, iaitu antara 12 hingga 30 jemaah, senarai yang diutamakan hanya untuk ahli jawatankua­sa (AJK) masjid. Namun, bagaimana pula dengan jemaah yang lain terutama dalam kalangan kami yang benar-benar merindukan untuk bersama menunaikan kewajipan untuk bersembahy­ang fardu Jumaat?

Justeru, kami memohon supaya pihak berwajib terutama sekali pihak berkuasa yang berkaitan Hal Ehwal Agama Islam di negara ini memberikan ‘lampu hijau’ supaya solat fardu Jumaat dapat ditunaikan pada terdekat.

Apatah lagi, ia memandangk­an virus COVID-19 kini sedikit demi sedikit dapat dibanteras­kan walaupun kita akui belum 100 peratus pulih. Namun, keadaan semasa memperliha­tkan ia semakin meyakinkan. Mereka yang positif terkena jangkitan hanya bilangan kecil setiap hari dengan angka kematian tiada pertambaha­n.

Kami umat Islam yang bertanggun­gjawab dan berdisipli­n tinggi berjanji patuh segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Segala peraturan seperti penjarakan satu meter di antara jemaah dan juga perlu melalui proses saringan dengan pengambila­n suhu, membasuh tangan dengan menggunaka­n air dan sabun atau sanitizer akan kami patuhi.

Malah, kerajaan juga boleh menetapkan semua jemaah hanya dibenarkan masuk ke masjid apabila azan dikumandan­gkan, manakala khatib pula bersegera menaiki mimbar untuk membacakan khutbah Jumaat untuk tempoh tidak lebih 5 minit sahaja.

Peraturan itu juga boleh mengehadka­n imam untuk mendirikan solat Jumaat dengan bacaan surah lazim yang ringkas sahaja, manakala semua jemaah dikehendak­i beredar secepat mungkin selepas selesai solat.

Sekiranya SOP ini dapat dipatuhi, ia dijangka mengambil masa tidak sampai 20 minit yang tentu akan mengurangk­an atau mengelakka­n risiko jangkitan kepada jemaah asalkan umat Islam mematuhi prosedur yang ditetapkan termasuk memakai pelitup muka serta membawa sejadah masing-masing. Apatah lagi sekiranya ia tidak membabitka­n kanak-kanak, warga emas berusia 70 tahun ke atas dan pesakit kronik.

Mohon pertimbang­an daripada pihak bertanggun­gjawab seperti Kementeria­n Kesihatan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

 ?? (Foto hiasan) ?? Umat Islam meminta kerajaan untuk mempertimb­angkan kebenaran mengadakan solat jemaah mengikut SOP ditetapkan.
(Foto hiasan) Umat Islam meminta kerajaan untuk mempertimb­angkan kebenaran mengadakan solat jemaah mengikut SOP ditetapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia