Berita Harian

ARMADA gesa SPRM siasat Guan Eng, Tommy Thomas

Dakwaan berlaku salah guna kuasa batal pembekuan akaun bank ahli perniagaan

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Beberapa bahagian Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung akaun bank seorang ahli perniagaan dibekukan.

Ketua ARMADA Wilayah Persekutua­n, Zahin Zainal, berkata pihaknya menggesa SPRM menyiasat dakwaan terbabit kerana tindakan itu didakwa salah guna kuasa kedua-dua individu terbabit ketika berada dalam kerajaan.

“ARMADA tegas dan kita masih mengikuti prinsip undang-undang yang salah tetap salah, sekiranya dakwaan itu benar pihak berkuasa mesti ambil tindakan.

“Laporan ini dibuat supaya kita mendapat penjelasan dan siasatan sama ada dakwaan ini benar atau tidak. Penyalahgu­naan kuasa digembar-gemburkan ini tidak sepatutnya berlaku.

“Pihak kami juga akan menyerahka­n beberapa dokumen berkaitan isu itu bagi membantu siasatan,” katanya kepada media sebelum membuat laporan SPRM di sini, semalam.

Antara bahagian ARMADA hadir membuat laporan di SPRM ialah ARMADA bahagian Putrajaya dan ARMADA Selangor.

Zahin berkata, pihaknya tidak akan membuat laporan jika tiada bukti sahih dan mereka bukan hanya mendengar khabar angin semata-mata.

“Kami tidak akan berada di sini jika tiada bukti sahih, kita tidak akan bawa sesuka hati. Jangan bebankan pihak berkuasa, banyak lagi urusan lain mereka perlu uruskan,” katanya.

Sebelum ini, satu laporan portal menyatakan Guan Eng didakwa meminta Jabatan Peguam Negara membatalka­n arahan pembekuan beberapa akaun bank seorang taikun hartanah yang dibekukan dalam siasatan pengubahan wang atas dana yang dikaitkan dengan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Sementara itu, melaporkan, SPRM turut menerima dua laporan terhadap seorang bekas menteri kerana didakwa melakukan salah guna kuasa ketika dalam kerajaan.

Laporan itu masing-masing dibuat oleh Zahin dan Koordinato­r Pemuda Negara Negeri Sembilan, Datuk Seri Sanjeevan Ramakrishn­an, di ibu pejabat SPRM di sini, semalam.

Zahin diiringi Ketua ARMADA Sepang, Shahmi Shamsudin yang mewakili ARMADA Selangor.

Seorang pegawai SPRM mengesahka­n menerima dua laporan itu.

Laporan ini dibuat supaya kita mendapat penjelasan dan siasatan sama ada dakwaan ini benar atau tidak. Penyalahgu­naan kuasa digembarge­mburkan ini tidak sepatutnya berlaku. Zahin Zainal, Ketua ARMADA Wilayah Persekutua­n

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) ?? Zahin (tengah) menunjukka­n laporan yang diserahkan kepada SPRM berkaitan isu salah guna kuasa bekas Menteri Kewangan dan bekas Peguam Negara di Putrajaya, semalam.
(Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) Zahin (tengah) menunjukka­n laporan yang diserahkan kepada SPRM berkaitan isu salah guna kuasa bekas Menteri Kewangan dan bekas Peguam Negara di Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia