Berita Harian

Penggugura­n bertentang­an perlembaga­an parti: Tun M

-

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat yang lain yang gugur keahlian daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa penggugura­n mereka bertentang­an dengan perlembaga­an parti.

Dr Mahathir bersama empat yang lain dalam satu kenyataan bersama, mendakwa alasan keahlian mereka dilucutkan kerana tidak duduk di kerusi kerajaan pada sidang Dewan Rakyat bulan lalu, tiada dalam perlembaga­an BERSATU.

“Kami tidak pernah mengisytih­arkan keluar parti, menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain di negara ini.

“Pilihan kami untuk tidak menyokong kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Perikatan Nasional tidak bermakna keluar daripada parti.

“Pengeluara­n daripada parti tidak boleh dibuat setiausaha kerja, melainkan selepas diadakan aduan kepada Lembaga Disiplin dan pihak yang dituduh diberi peluang mempertaha­nkan diri,” kata mereka dalam kenyataan bersama, semalam.

Selain Dr Mahathir, kenyataan itu turut mewakili Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik dan Datuk Amiruddin Hamzah.

Menurut kenyataan itu, mereka tidak melakukan sebarang perkara bercanggah agenda parti yang termaktub dalam Fasal 6 perlembaga­an BERSATU, antaranya memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa serta mewujudkan amalan tadbir urus yang baik, bersih, beramanah dan berintegri­ti.

Sebaliknya, mereka mendakwa tindakan membawa keluar BERSATU daripada Pakatan Harapan melanggar perlembaga­an parti kerana tiada keputusan daripada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk berbuat demikian.

“BERSATU milik kami dan ahli parti yang setia dengan prinsip asal perjuangan parti,” kata kenyataan itu.

Kami tidak pernah mengisytih­arkan keluar parti, menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain di negara ini. Kenyataan bersama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia