Berita Harian

Teruskan perjuangan tanpa Syed Saddiq

-

Putrajaya: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) boleh berkembang jauh walaupun tanpa pengasas sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ketua Penerangan BERSATU Titiwangsa, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal, berkata walaupun beliau tidak menafikan sumbangan Syed Saddiq selaku antara pengasas parti dan bekas Ketua ARMADA, perjuangan parti adalah lebih besar.

“Sebesar manapun tokoh dan banyak mana pun jasa mereka kepada parti, dasar dan falsafah perjuangan itu lebih besar. Itu yang menjadi kayu pengukur kepada masa depan parti.

“Kalau kita lihat mengapa Perikatan Nasional (PN) diterima umum, kalau kita lihat majoriti rakyat Malaysia khususnya orang Melayu menerima kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini. Ini antara perkara perlu diambil perhatian, terutamany­a untuk masa depan ARMADA,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Wan Ahmad Fayshal yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, ARMADA tidak mempunyai sebarang masalah untuk meneruskan perjuangan biarpun tanpa Syed Saddiq.

Beliau yang juga bekas pegawai khas Syed Saddiq mengaku dukacita dengan pilihan Syed Saddiq untuk tidak bersama hala tuju parti dan menganggap­nya satu kehilangan besar kerana bakat pemimpin muda itu.

“Saya rasa satu kehilangan besar kepada parti kerana Syed Saddiq mempunyai bakat dan berjasa, malah boleh bawa parti ke satu tahap lebih baik, tetapi sayang beliau pilih untuk berbeza pandangan secara dasar.

“Ini mengakibat­kan gugur keahlian BERSATU dan perkara ini kita tidak boleh berunding sama sekali kerana membabitka­n hala tuju serta masa depan parti,” katanya.

Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia