Berita Harian

Najib beri cadangan lulus pinjaman RM2B

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi semalam diberitahu, Datuk Seri Najib Razak hanya memberi cadangan bagi kelulusan pinjaman pertama RM2 bilion oleh SRC Internatio­nal Sdn Bhd daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) (KWAP).

Peguam Farhan Read yang mewakili Najib, berkata bekas Setiausaha Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari Kementeria­n Kewangan, Datuk Maliami Hamad, dalam keterangan­nya, berkata beliau menerima tekanan menyediaka­n Memorandum Jemaah Menteri (MJM) bagi penyediaan Jaminan Kerajaan untuk pinjaman itu.

Farhan berkata, saksi menyatakan beliau diberi tekanan oleh Ketua Setiausaha Perbendaha­raan (KSP) Kementeria­n Kewangan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, untuk mempercepa­tkan dokumen terbabit bagi pinjaman RM2 bilion pada tahun 2011 dan bukan didesak oleh Najib.

Susulan itu, beliau berkata, tidak boleh dirumuskan Najib memberi tekanan bagi penyediaan dokumen Jemaah Menteri bagi pinjaman pertama oleh SRC.

Katanya, Artikel 116 Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A) SRC yang memberikan kuasa kepada Perdana Menteri melantik Ahli Lembaga Pengarah tidak boleh secara langsung difahamkan Najib mempunyai kepentinga­n ke atas syarikat itu.

“Klausa ini satu perkara biasa dalam mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memastikan hala tuju syarikat selari dengan kerajaan memerintah. Klausa ini mungkin ditambah dan Najib tidak mengetahui­nya.

“Jika tertuduh tiada maklumat mengenai klausa dimasukkan dalam (M&A) itu, beliau tidak boleh dikatakan memiliki kepentinga­n hanya kerana diberi kuasa yang langsung tidak diketahuin­ya,” katanya.

Farhan yang mengemukak­an hujahan di akhir kes pembelaan turut membangkit­kan isu mengenai kewibawaan keterangan saksi pendakwaan ke-56 iaitu bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Katanya, Ahmad Husni dalam keterangan­nya mendakwa Najib dalang di sebalik tuduhan gangguan seksual yang dibuat terhadapny­a.

Farhan kemudian membacakan petikan pemeriksaa­n balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terhadap Ahmad Husni, yang mana saksi itu didakwa memberitah­u Najib, “saya akan dedahkan kamu.”

Katanya, ia isu peribadi yang dikemukaka­n di mahkamah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia