Berita Harian

Pengusaha, pemandu ceburi bidang lain

-

Kuala Lumpur: Khidmat mereka yang terhenti susulan penutupan sekolah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kesan pandemik COVID-19, memaksa pengusaha dan pemandu bas sekolah mencari pendapatan lain demi kelangsung­an hidup keluarga masing-masing.

Sikap enggan menyerah kalah mendorong seorang pengusaha bas sekolah menceburi sektor perkhidmat­an penghantar­an barangan, untuk mencari pendapatan bagi menyara keluarga.

Darus Afandy Abu Bakar, 38, yang bergelar pengusaha bas sekolah sejak 2007, berikhtiar demi kelangsung­an hidup bersama isteri dan tiga anak yang masih kecil, meskipun usaha yang dibuat dihimpit kepayahan pergerakan kerana PKP.

“Dalam keadaan sekarang, saya terpaksa buat kerja lain. Saya mula hantar barang sejak tiga minggu lalu. Bayaran okay, cuma penghantar­an tidak menentu, tak ada barang tak ada kerja kerana bukan setiap hari ada barang perlu dihantar.

“Satu barang, saya dapat dalam RM2. Kadang-kadang tak cukup sasaran. Bukan apa, bila tak cukup macam mana nak tampung kos minyak dan pelbagai lagi. Bayaran pun tak tentu, dalam seminggu boleh dapat antara RM500 hingga RM600.

“Alhamdulil­lah, boleh lepas untuk langsai hutang, bayar bil api, air, komitmen lain dan beli makanan demi keluarga.

“Ada juga pelanggan beri duit ihsan, selain itu ibu bapa yang prihatin membayar 75 peratus tambang bas sekolah yang dipersetuj­ui tetapi segelintir sahaja,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Pengusaha van sekolah, Halimatun Zamri, berkata walaupun tidak menyangka impak COVID-19 begitu teruk hingga menjejaska­n perniagaan­nya, dia dan suami, Mohd Shukor Ahmad, 50, optimis meneruskan hidup dengan perniagaan makanan.

Pada Ramadan lalu, dia bersama suami dan beberapa pekerja yang juga pemandu van sekolah, menjalanka­n perniagaan lemang dan ketupat bagi menjana pendapatan.

Bagi pengusaha van sekolah yang mahu dikenali sebagai Vasanthi, 50, bersyukur kerana dibantu anak dan memanfaatk­an wang simpanan bagi menampung kos sara hidup seharian sejak pelaksanaa­n PKP sehingga memberi kesan terhadap pengoperas­ian bas dan van sekolah akibat penutupan sekolah gara-gara COVID-19.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia