Berita Harian

Selangor tambah baik sistem aliran sungai

RM500,00 dana disedia naik taraf lokasi tanah runtuh Taman Kelab Ukay

- Oleh Faris Fuad faris.fuad@bh.com.my

Ampang: Kerajaan Selangor akan menyediaka­n dana RM500,000 selepas Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurka­n RM2 juta bagi menaik taraf kawasan tanah runtuh di Taman Kelab Ukay 4, di sini.

Pengerusi Jawatankua­sa Infrastruk­tur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim, berkata pihaknya akan menjalanka­n kerja menambah baik sistem aliran anak sungai di belakang kediaman penduduk terjejas.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah berkata, peruntukan itu akan digunakan bagi membina tembok penahan di kawasan tanah runtuh berkenaan.

“Minggu ini, perunding dilantik Majlis Perbandara­n Ampang

Jaya (MPAJ) akan membuat kajian tanah. Kita jangka minggu depan proses baik pulih kawasan terjejas akan mula secara menyeluruh.

“Banyak proses kena buat, betulkan permukaan cerun, ratakan tanah, pasang penahan dan besi. Kami jangka semua proses ini akan diselesaik­an dalam masa enam bulan.

“Selepas itu, kami akan pantau pergerakan tanah dari semasa ke semasa untuk memastikan kejadian sama tidak berulang,” katanya di kawasan tanah runtuh itu di sini, semalam.

Mengenai keselamata­n penghuni lain yang menetap berdekatan, Izham berkata, setakat ini, tiada keperluan untuk mereka berpindah ke tempat lain.

“Hanya tujuh kediaman terkesan secara langsung, penduduk lain berdekatan tidak perlu risau kerana keadaan masih terkawal.

“Mengenai penduduk yang dipindahka­n di Hotel De Palma Ampang buat sementara, saya akan berbincang dengan pihak berkaitan mengenai langkah seterusnya berhubung penempatan baharu dan jenis bantuan boleh disalurkan,” katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, sebahagian cerun bukit di belakang rumah penduduk di Jalan Kelab Ukay 4, kira-kira 50 meter dari anak Sungai Sering di Jalan Mulia 1/1 Taman Bukit Mulia, runtuh susulan hujan berterusan.

Runtuhan itu mengakibat­kan pokok tumbang dan menggelung­sur serta tanah runtuhan turut merosakkan longkang monsun sehingga menjejaska­n aliran anak Sungai Sering.

Tujuh rumah teres dua tingkat di situ turut terjejas menyebabka­n 40 individu daripada lima keluarga dipindahka­n atas faktor keselamata­n.

Pengerusi Penduduk Taman Kelab Ukay, Syed Zulkifli Syed Massir, berkata ia selepas wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluark­an kenyataan akan menyelesai­kan isu berbangkit termasuk membaiki serta menaik taraf kawasan berkaitan dalam tempoh enam bulan ini.

Izham Hashim

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia