Berita Harian

Ribuan udang galah, ikan mati di Sungai Sembrong

-

Pencemaran Sungai Sembrong

Kluang: Ribuan udang galah dan ikan air tawar ditemui mati terapung di permukaan Sungai Sembrong, dekat Kampung Orang Asli Sedohok, di sini, petang kelmarin.

Tok Batin Kampung Orang Asli Sedohok, Halim Jahari, berkata kejadian disedari jam 5 petang itu disyaki berpunca daripada pencemaran air sungai berkenaan.

Katanya, penduduk berharap pihak berkuasa segera menyiasat punca kejadian itu yang dikhuatiri dicetuskan kilang dab perusahaan yang beroperasi di hulu sungai berkenaan.

“Air sungai kelihatan berminyak dan mungkin itu punca pencemaran ini sehingga udang serta ikan mati.

“Malah, saya ada mengambil sedikit air sungai berkenaan jika diperlukan pihak berkenaan untuk membuat kajian dan siasatan punca pencemaran,” katanya di sini, semalam.

Halim tidak mengesyaki kejadian itu berpunca daripada aktiviti menuba sungai kerana ia tidak menyebabka­n air berminyak seperti berlaku petang kelmarin.

Sebagai langkah keselamata­n, semua penduduk yang ada mengambil ikan atau udang ditemui terapung di sungai ini petang kelmarin dilarang memakannya kerana bimbang dicemari bahan beracun yang boleh menjejaska­n kesihatan.

“Kami menuntut tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang bertanggun­gjawab menjadi punca kepada pencemaran Sungai Sembrong ini kerana secara tidak langsung menjejaska­n pendapatan nelayan darat yang bergantung kepada sumber sungai ini,” katanya.

Halim berkata, pihaknya bimbang pencemaran itu akan menyebabka­n sumber ikan serta udang galah sungai berkenaan berkuranga­n dan ia memerlukan tempoh masa yang lama untuk kembali pulih bagi membolehka­n aktiviti perikanan dilakukan semula.

Saya ada mengambil sedikit air sungai berkenaan jika diperlukan pihak berkenaan untuk membuat kajian dan siasatan punca pencemaran.

Halim Jahari,

Tok Batin Kampung Orang Asli Sedohok

 ?? (Foto ihsan pembaca) ?? udang galah mati. menyebabka­n ribuan ikan air tawar dan
(Foto ihsan pembaca) udang galah mati. menyebabka­n ribuan ikan air tawar dan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia