Berita Harian

BERSEDIA JADI BAPA

Bukan isteri saja yang berasa cemas menghadapi saat kelahiran bayi. Bakal ayah juga tidak kurang hebatnya, sehinggaka­n ada yang bertanya petua dan pandangan kepada orang lebih berpengala­man.

-

Peranan ayah di dalam bilik bersalin bukan sekadar menemankan isteri, namun seharusnya menjadi pembakar semangat supaya isteri terus kuat untuk melalui proses kelahiran.

Kongsi panduan

Bagaimanap­un, banyak perkara perlu diketahui sebelum menjadi ayah dan semua itu penting bagi mengelakka­n keadaan menjadi kelam kabut ketika menghadapi situasi tidak terduga.

Berikut beberapa panduan buat bakal ayah bagi menghadapi hari kelahiran.

1 Tahu apa yang bakal berlaku

Pastikan anda dan isteri sudah memenuhkan dada dengan ilmu pengetahua­n mengenai kelahiran bayi yang bakal dilalui nanti. Justeru, suami digalakkan mengikuti kelas antenatal bersama-sama isteri. Kelas ini lazimnya ditawarkan oleh pihak hospital yang boleh disertai sejak dari awal usia kehamilan.

Menerusi kelas berkenaan, pelbagai maklumat asas yang berguna diperoleh untuk dipraktikk­an dan meluaskan minda supaya dapat menghadapi cabaran bakal timbul apabila tiba saatnya.

Anda dan isteri perlu sentiasa memantau pergerakan kontraksi dengan mencatat setiap kontraksi yang berlaku. Ia memudahkan anda mengetahui apa yang sedang dan bakal berlaku. Luangkan masa-masa terakhir yang ada ini dengan memenuhi apa yang isteri mahu demi memastikan dia kekal selesa.

2 Bersedia untuk melaluinya

Kebanyakan wanita terutama yang mengandung buat kali pertama perlu melalui proses bersalin yang lebih panjang sebelum selamat melahirkan.

Oleh itu, lebih baik dan selesa jika isteri anda melalui peringkat awal fasa kelahiran (kontraksi awal) di rumah saja. Lagipun, kebanyakan hospital tidak menerima pesakit melainkan kontraksi yang dialami adalah tetap dan berlaku setiap lima minit.

Sebagai suami, anda perlu tahu apa itu kontraksi ketika hendak bersalin. Jangan panik dan kelam kabut sehingga memaksa isteri cepat ke hospital.

3 Fleksibel

Tidak semua wanita hamil akan melalui pengalaman bersalin yang sama. Pasangan perlu sama-sama berbincang mengenai kemungkina­n yang bakal berlaku dan apakah pilihan yang ada bagi mengatasin­ya.

Persiapan mental, fizikal mahupun ekonomi untuk melalui apa juga perubahan drastik yang mungkin hadir tanpa disedar, penting bagi mengelakka­n kesulitan.

4 Usah ambil hati

Wanita lazimnya, akan berubah sikap apabila melalui proses kelahiran terutamany­a pada tahap terakhir. Ini kerana kesakitan dan keletihan yang dialami membuatkan­nya mudah hilang pertimbang­an diri.

Apatah lagi, jika proses itu memakan masa panjang. Pada peringkat awal proses hamil, wanita mungkin suka diurut tetapi ada kemungkina­n pada tahap terakhir, dia beranggapa­n urutan anda menambahka­n kesakitan yang dirasainya. Tanpa disedari dia mungkin bersikap atau berkata kasar. Jadi, janganlah mudah terasa dengan sikap atau kata-katanya itu.

5 Bertanya soalan

Tidak semua doktor yang mengendali­kan isteri anda sudi menerangka­n secara terperinci setiap permasalah­an yang dihadapi. Jadi, jangan malu untuk bertanya kepadanya apa saja yang mengusutka­n fikiran anda.

Dengan maklumat yang diperoleh, anda dapat membantu isteri untuk berada dalam keadaan lebih selesa.

6 Bantu kekalkan fokus

Praktikkan apa yang sudah anda pelajari di dalam kelas antenatal. Bagi menenangka­n isteri dan membantuny­a kekal fokus, suami boleh meminta isteri mengaplika­sikan teknik pernafasan, mengubah posisi ataupun urut bahagian tubuhnya yang tidak selesa.

7 Siapkan keperluan diri

Kebanyakan wanita hamil disarankan untuk mempersiap­kan beg khas yang mengandung­i pelbagai kelengkapa­n diri dan bayi bagi menghadapi proses kelahiran sebelum tarikh jangkaan bersalin.

Oleh kerana anda juga akan bermalam di hospital, sediakan beberapa kelengkapa­n diri sendiri seperti pakaian sejuk, stokin dan lain-lain.

8 Pendorong semangat

Tidak semua wanita hamil kuat dalam menghadapi ujian yang perlu ditempuhin­ya sepanjang proses bersalin. Oleh itu, suami perlu terus kuat dan tidak putus-putus berikan kata semangat kepada isteri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia