Berita Harian

Status permohonan GKP boleh disemak hari ini

Pembayaran berjumlah RM1.47 bilion dibuat mulai 15 Jun

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Kerajaan meluluskan 488,857 atau 76 peratus permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro daripada 643,000 yang diterima setakat tarikh tutupnya 15 Mei lalu.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata semakan status permohonan boleh dibuat mulai hari ini dan bagi mereka yang lulus, jumlah pembayaran sebanyak RM1.47 bilion akan dibuat mulai 15 Jun ini.

“Saya juga ingin berkongsi bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang membuat semakan lanjut ke atas 81,260 permohonan dan status kelulusan bagi permohonan akan dimaklumka­n mulai 8 Jun ini. Bagi mereka yang lulus, bayaran akan dibuat mulai 15 Jun juga.

“LHDN juga mendapati sebanyak 72,859 permohonan yang tidak lulus. Bagi mereka yang tidak lulus, tempoh rayuan akan dibuka dari 3 hingga 15 Jun melalui portal rasmi LHDN iaitu gkp.hasil.gov.my. Bagi perayu yang lulus, bayaran akan dibuat mulai 29 Jun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perkongsia­n video mengenai pelaksanaa­n Pakej PRIHATIN di Facebook, semalam.

Berhubung Dana Pinjaman Mudah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Tengku Zafrul berkata, dana yang dikendalik­an Bank Negara Malaysia (BNM) itu sudah meluluskan dan disetuju terima oleh 16,833 PKS membabitka­n nilai RM6.9 bilion setakat 31 Mei lalu.

“Jumlah itu termasuk Kemudahan Bantuan Khas (SRF), Agrofund dan Insurans Takaful untuk saringan COVID-19,” katanya.

Mengenai Skim Kredit Mikro,

beliau menjelaska­n, sejumlah 4,587 permohonan diluluskan menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) minggu ini dengan nilai RM175 juta.

“Bagi program TEKUN Nasional pula, jumlah permohonan yang diluluskan ialah 15,949, dengan nilai RM128 juta. Saya berharap skim pinjaman ini dapat dimanfaatk­an oleh PKS mikro dengan sebaik mungkin,” katanya.

Skim Kredit Mikro yang ditawarkan oleh bank dan agensi kerajaan menawarkan kadar faedah atau keuntungan sifar peratus, di mana jumlah keseluruha­nnya adalah bernilai RM700 juta.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan sudah meluluskan subsidi upah kepada 286,338 majikan membabitka­n 2.2 juta pekerja berjumlah RM3.22 bilion setakat 31 Mei lalu.

Katanya, bagi tempoh dua minggu berakhir Mei lalu, kerajaan meluluskan subsidi upah berjumlah RM980 juta kepada 200,000 pekerja.

“Jumlah itu lebih tinggi berbanding dua minggu sebelumnya iaitu RM140 juta yang dimanfaatk­an kira-kira 100,000 pekerja,” katanya.

Mengenai Program Pengekalan Pekerja (ERP), Tengku Zafrul berkata, seramai 184,000 pekerja meraih manfaat menerusi majikan dan pemilik perniagaan sehingga 31 Mei dengan jumlah peruntukan yang diluluskan berjumlah RM110 juta sebulan.

“Bagi Program Bantuan Majikan COVID-19 (E-CAP) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), setakat 31 Mei, sebanyak 26,509 permohonan telah diterima, dan sebanyak 5,245 permohonan telah diluluskan membabitka­n nilai RM34.8 juta bagi caruman KWSP majikan, berbanding RM20.6 juta dua minggu lalu.

“Saya ingin menekankan bahawa KWSP sedang meneliti setiap permohonan untuk menangguh dan menstruktu­r semula bayaran caruman.

“Kelulusan tidak boleh diberi sewenang-wenangnya kerana dari segi undang-undang, ini adalah satu kewajipan yang tidak boleh dielakkan oleh pihak majikan,” katanya.

Saya ingin berkongsi bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang membuat semakan lanjut ke atas 81,260 permohonan dan status kelulusan bagi permohonan akan dimaklumka­n mulai 8 Jun ini.

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz,

Menteri Kewangan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia