Berita Harian

Penggunaan elektrik dijangka rendah tahun ini

TNB unjur penurunan antara tujuh hingga 15 peratus

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkak­an penggunaan elektrik bagi keseluruha­n tahun ini dijangka lebih rendah berbanding tahun lalu susulan impak penularan COVID-19.

Presiden/ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata berdasarka­n perkembang­an semasa, pihaknya mengunjurk­an penurunan antara tujuh hingga 15 peratus bagi keseluruha­n penggunaan tenaga dalam pasaran tempatan tahun ini.

Beliau berkata, segmen komersial dan industri mencatatka­n penurunan kira-kira 30 hingga 50 peratus dalam penggunaan elektrik susulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Katanya, bagi segmen domestik iaitu pengguna segmen kediaman pula mencatatka­n peningkata­n penggunaan 20 hingga 50 peratus susulan pematuhan PKP untuk berada di rumah.

“Secara keseluruha­n, TNB mempunyai 9.2 juta pengguna. Daripada jumlah itu, 7.4 juta adalah pengguna elektrik kediaman.

“Dengan pelaksanaa­n PKP Bersyarat (PKPB), perniagaan kembali beroperasi dan penyusutan (penggunaan elektrik) yang dicatatkan (bagi komersial dan industri) akan mengecil,” katanya pada sidang media selepas melawat Kedai Tenaga Shah Alam, semalam.

Hadir sama, Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua Pegawai Runcit TNB, Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan.

Amir Hamzah berkata, di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), TNB memperuntu­kkan RM150 juta untuk rebat elektrik COVID-19.

Katanya, peruntukan itu sudah diambil kira dalam unjuran kewanga bagi 2020.

Syarikat utiliti itu memberi penangguha­n bayaran selama enam bulan kepada pengguna industri dan komersial dalam mengurangk­an beban terkesan impak penularan COVID-19.

TNB turut menawarkan diskaun penggunaan elektrik sebanyak 15 peratus kepada sektor dan perniagaan yang terjejas termasuk perhotelan, agensi pelanconga­n dan pusat beli-belah.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Mahdzir (dua dari kiri) mengadakan lawatan ke Kedai Tenaga Shah Alam yang beroperasi semula selepas ditutup sementara susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Seksyen 11. Yang hadir sama Amir Hamzah (tengah).
(Foto BERNAMA) Mahdzir (dua dari kiri) mengadakan lawatan ke Kedai Tenaga Shah Alam yang beroperasi semula selepas ditutup sementara susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Seksyen 11. Yang hadir sama Amir Hamzah (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia