Berita Harian

CBP sasar pembiayaan RM4.4 bilion

-

Co-opbank Pertama (CBP) menyasar untuk meningkatk­an jumlah pembiayaan kepada RM4.4 bilion tahun ini, meskipun berdepan dengan cabaran COVID-19 dan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusin­ya, Kamari Zaman Juhari, sasaran itu diyakini mampu dicapai menerusi pengenalan empat produk baharu yang akan memacu pertumbuha­n permintaan pembiayaan­nya.

Setakat April lalu, beliau berkata CBP sudah merekodkan pembiayaan berjumlah RM3.2 bilion.

“Namun, pertumbuha­n untuk mencapai ke angka RM4.4 bilion akan terbantut sedikit kerana kemampuan kami untuk memastikan pertumbuha­n aset itu agak tergugat disebabkan oleh pelbagai isu.

“Antaranya, ada perniagaan yang sebelum ini berdaya tahan, kini sudah tidak lagi begitu dan ada sebahagian pelanggan yang bagus, kini sudah tidak sebaik sebelum ini.

“Contohnya pengusaha kedai gunting, sebelum PKP perniagaan mereka mampu menjana aliran pendapatan yang baik setiap hari, namun kini tidak lagi kerana tidak boleh beroperasi dan tidak tahu bila akan dibenarkan untuk dibuka,” katanya.

Terdahulu, beliau menyampaik­an hadiah kepada pemenang Kempen Pendidikan dan Kesihatan CBP serta Kempen Pembiayaan Peribadi CBP Money for Merdeka #M4M di Kuala Lumpur, semalam.

Hadiah utama Kempen Pendidikan dan Kesihatan CBP dimenangi oleh Hanim Halim dari Buttwrwort­h, Pulau Pinang yang membawa pulang pakej tajaan umrah bernilai RM12,000, manakala Kempen #M4M pula dirangkul oleh Clarence Tami dari Kota Kinabalu, Sabah yang memenangi pangsapuri bernilai RM100,000.

Mengulas lanjut mengenai pembiayaan CBP, Kamari Zaman berkata antara produk yang sedang diperkenal­kannya adalah pemfaktora­n, iaitu pembiayaan ke atas jualan kredit kepada pelanggan yang tertentu dengan menyerahka­n hak bayaran kepada pihak bank.

“Selain itu, kami juga bakal perkenalka­n pinjaman kredit pusingan untuk pelanggan. Produk ini hampir sama seperti kemudahan overdraf.

“Produk ketiga ialah ejen perbankan, yang mana CBP akan melantik mana-mana koperasi yang layak di seluruh negara untuk menawarkan produk dan perkhidmat­an, dengan pelanggan boleh membuat deposit, pengeluara­n atau pemindahan transaksi wang.

“Produk terakhir yang dapat memberi impak positif kepada CBP adalah pembiayaan perumahan yang boleh dimohon di semua 26 cawangan kami,” katanya.

Kami juga bakal perkenalka­n pinjaman kredit pusingan untuk pelanggan. Produk ini hampir sama seperti kemudahan overdraf.

Kamari Zaman Juhari, Pengerusi CBP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia