Berita Harian

Firma China diarah henti import hasil pertanian AS

Penamatan isyarat terkini kegagalan perjanjian perdaganga­n

-

Tokyo/beijing: Pegawai China mengarahka­n syarikat milik kerajaan negara itu menghentik­an pembelian hasil pertanian dari Amerika Syarikat (AS), termasuk kacang soya, ketika Beijing menilai ketegangan hubunganny­a dengan Washington berhubung Hong Kong, menurut individu yang rapat dengan perkara terbabit.

Syarikat milik kerajaan, Cofco dan Sinograin diarahkan untuk menggantun­g pembelian, menurut sumber, yang enggan dikenali kerana perkara itu sulit.

“Pembeli China juga membatalka­n sejumlah besar yang tidak dinyatakan daging khinzir dari AS,” kata seorang sumber lagi.

Syarikat swasta tidak diarahkan untuk menghentik­an import, menurut seorang sumber.

Penamatan itu adalah isyarat terkini perjanjian fasa pertama antara dua ekonomi terbesar dunia itu berdepan ancaman untuk gagal.

Walaupun Perdana Menteri, Li Keqiang menegaskan sekali lagi ikrarnya untuk melaksanak­an perjanjian yang dimeterai pada Januari, ketegangan terus meningkat sejak pertikaian berhubung langkah Beijing mengukuhka­n cengkamann­ya ke atas Hong Kong.

Langkah Beijing itu menghakis sentimen risiko yang menyelubun­gi pasaran.

“Pasaran sudah pun melihat kemerosota­n hubungan antara AS dan China, malah ramai yang berasakan bahawa dengan pembelian perlahan komoditi China setakat ini, masa depan perjanjian perdaganga­n sudah pun berada dalam bahaya,” kata Pengarah Urusan Paragon Global Markets di New York, Michael Mcdougall.

Langkah China menghentik­an import AS dibuat selepas Presiden Donald Trump pada Jumaat lalu melontarka­n kritikan ke atas Beijing selepas ia mengenakan peraturan keselamata­n negara baharu ke atas Hong Kong.

Pengkritik berkata, ia akan merosakkan prinsip ‘satu negara, dua sistem’ yang menjadikan Hong Kong sebuah autonomi China sejak dibebaskan daripada Britain pada 1997.

Cofco dan Sinograin adalah pengimport utama barangan pertanian China.

“Kedua-duanya mengemukak­an pertanyaan harga bagi 20 hingga 30 kargo kacang soya AS Jumaat lalu. Namun, menangguhk­an pembelian selepas Trump memberi petunjuk akan menghukum China,” kata seorang sumber.

Beijing sedang menunggu langkah yang diambil Trump sebelum membuat keputusan tindakan berikutnya.

Kementeria­n perdaganga­n tidak memberikan maklum balas kepada pertanyaan untuk mendapatka­n kenyataan.

Pegawai daripada Sinograin dan Cofco juga tidak menjawab panggilan.

China sebelum ini bersetuju untuk membeli hasil pertanian AS bernilai AS$36.5 bilion (RM156.8 bilion) tahun ini sebagai sebahagian perjanjian fasa pertama

Pasaran sudah pun melihat kemerosota­n hubungan antara AS dan China, malah ramai yang berasakan dengan pembelian perlahan komoditi China setakat ini, masa depan perjanjian perdaganga­n berada dalam bahaya.

Michael Mcdougall,

yang dimeterai Januari lalu.

Bagaimanap­un, penularan COVID-19 menjejaska­n rancangan itu, dengan China hanya mengimport AS$3.35 bilion (RM14.4 bilion) produk pertanian AS pada tiga bulan pertama tahun ini, jumlah terendah bagi tempoh berkenaan sejak 2007, menurut data Jabatan Pertanian AS.

BLOOMBERG

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia