Berita Harian

Ekonomi Korea Selatan menguncup 1.3 peratus

-

Seoul: Ekonomi Korea Selatan menguncup lebih kecil daripada jangkaan pada suku pertama, apabila penularan COVID-19 menjejaska­n permintaan pengguna dan aktiviti ekonomi, menurut data bank pusat negara itu yang disemak semula semalam.

“Ekonomi ke-12 terbesar dunia itu menguncup 1.3 peratus dalam tempoh Januari-mac, berbanding tiga bulan sebelumnya,” kata Bank of Korea (BOK).

Ia peningkata­n kecil berbanding pengumuman pertamanya April lalu iaitu penguncupa­n 1.4 peratus, namun masih lagi penurunan Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK) terbesar sejak krisis kewangan global 2008.

Korea Selatan antara negara paling awal terjejas akibat penularan COVID-19 selain China walaupun tidak mengenakan perintah berkurung sejak Mac lalu.

“Perbelanja­an persendiri­an susut 6.5 peratus dalam tempoh Januari hingga Mac berbanding suku sebelumnya, apabila ‘perbelanja­an barangan dan perkhidmat­an kedua-duanya merosot’,” kata BOK.

Negara itu dilihat berjaya mengawal pandemik melalui program ‘kesan, uji dan rawat’, yang mana kehidupan kembali normal dengan peraturan penjarakan sosial dilonggark­an.

Bagaimanap­un, BOK minggu lalu mengunjurk­an ekonomi akan menguncup 0.2 peratus tahun ke tahun pada 2020, penurunan dramatik berbanding unjurannya Februari lalu pertumbuha­n sebanyak 2.1 peratus.

Ia juga memotong kadar faedah ke paras terendah dalam sejarah.

Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) mengunjurk­an ekonomi dunia akan menguncup tiga peratus tahun ini dan dijangka mengalami kemeleseta­n terburuk sejak Great Depression berikutan pandemik itu. AFP

 ??  ??
 ?? (Foto AFP) ?? IMF meramalkan ekonomi Korea Selatan menguncup 1.2 peratus tahun ini.
(Foto AFP) IMF meramalkan ekonomi Korea Selatan menguncup 1.2 peratus tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia