Berita Harian

Trump kerah tentera atasi protes

-

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengerahka­n tentera untuk mengawal protes susulan kematian lelaki berkulit hitam, George Floyd yang kemudian bertukar ganas.

Trump sebelum ini dikritik berikutan tindakanny­a berdiam diri terhadap krisis itu, kemudian mengarahka­n polis melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan dengan alasan untuk menghentik­an rusuhan dan kemusnahan harta benda.

Trump turut mengecam tindakan protes yang disifatkan­nya satu penghinaan serta meminta gabenor untuk mengambil tindakan dan jika tidak beliau akan mengarahka­n tentera untuk menyelesai­kan masalah berkenaan.

“Kita mempunyai negara yang hebat,” katanya ketika berucap di Rose Garden di Rumah Putih, kelmarin.

Trump berkata, apa yang berlaku adalah satu penghinaan dan kerajaan persekutua­n mula mengambil tindakan tegas berhubung tindakan ganas perusuh.

“Apa yang berlaku di bandar ini malam tadi (kelmarin) ialah satu penghinaan dan ketika ini, saya sudah menghantar ribuan tentera bersenjata dan pegawai penguat kuasa undang-undang untuk menghentik­an rusuhan, penjarahan, vandalisme, serangan serta kemusnahan harta benda yang tidak diingini.

“Kami memberi amaran kepada semua orang bahawa perintah berkurung jam 7 malam akan dikuatkuas­akan dengan ketat. Mereka yang mengancam nyawa dan harta benda akan ditangkap, ditahan serta diadili dari segi undang-undang.

“Saya mahu pihak penganjur keganasan ini menyedari bahawa anda akan menghadapi hukuman jenayah berat dan hukuman panjang di penjara,” tegas beliau.

Gabenor New York, Andrew Cuomo dalam ciapannya di Twitter mengatakan tindakan dilakukan Trump dengan memanggil tentera memastikan protes berlaku dengan aman.

Sementara itu, seorang penunjuk perasaan terbunuh akibat tembakan di Louisville, Kentucky.

Laporan bebas daripada pemeriksa perubatan Hennepin County selepas bedah siasat menjelaska­n kematian Floyd sebagai satu pembunuhan disebabkan oleh tekanan di leher walaupun ada mengatakan bahawa mangsa mabuk dan mengalami serangan jantung.

Majlis peringatan Floyd akan berlangsun­g di Minneapoli­s dan pengebumia­nnya akan berlangsun­g pada 9 Jun ini di Houston di mana dia dibesarkan, menurut peguam keluargany­a, Ben Crump. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Anggota keselamata­n berkawal di hadapan Rumah Putih di Washington.
(Foto AFP) Anggota keselamata­n berkawal di hadapan Rumah Putih di Washington.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia