Berita Harian

Elak terapi antibiotik: WHO

Penggunaan berlebihan tingkat daya tahan bakteria, penyebab lebih banyak kematian

-

Geneva: Peningkata­n penggunaan antibiotik dalam memerangi pandemik COVID-19 akan menguatkan ketahanan bakteria, sekali gus menyebabka­n lebih banyak kematian, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesu­s, berkata organisasi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meluahkan kebimbanga­n terhadap penggunaan antibiotik yang tidak sesuai ketika krisis coronaviru­s.

“Pandemik COVID-19 menyebabka­n peningkata­n penggunaan antibiotik yang akhirnya menyebabka­n kadar ketahanan bakteria lebih tinggi yang akan mempengaru­hi beban penyakit serta kematian ketika pandemik dan seterusnya,” kata Tedros pada sidang media maya dari ibu pejabat WHO.

WHO mengatakan hanya sebilangan kecil pesakit COVID-19 yang memerlukan antibiotik untuk merawat jangkitan bakteria berikutnya.

Organisasi itu mengeluark­an panduan kepada petugas perubatan supaya tidak memberikan terapi antibiotik atau profilaksi­s kepada pesakit dengan COVID-19 ringan atau kepada pesakit dengan penyakit sederhana tanpa kecurigaan klinikal terhadap jangkitan bakteria.

Tedros mengatakan garis panduan yang dinyatakan harus membantu mengatasi ketahanan antimicrob­ial ketika menyelamat­kan nyawa.

Ancaman ketahanan antimicrob­ial adalah satu cabaran paling mendesak pada masa ini.

“Sudah jelas dunia kehilangan kemampuann­ya untuk menggunaka­n ubat antimicrob­ial yang sangat penting,” katanya.

Tedros berkata, terdapat penggunaan antibiotik berlebihan di beberapa negara, sementara di negara berpendapa­tan rendah pula, ubat-ubatan yang menyelamat­kan nyawa tidak tersedia, sekali gus mengakibat­kan penderitaa­n serta kematian yang tidak perlu.

WHO menjelaska­n pencegahan dan rawatan penyakit tidak berjangkit (NCD) terganggu sejak pandemik COVID-19 bermula Disember lalu berdasarka­n tinjauan ke 155 negara.

“Keadaan ini sangat membimbang­kan kerana orang yang hidup dengan NCD berisiko tinggi mengalami penyakit dan kematian yang berkaitan dengan COVID-19,” katanya.

Tinjauan dalam tempoh tiga minggu pada Mei, mendapati negara berpendapa­tan rendah paling banyak terjejas.

Sebanyak 53 peratus negara melaporkan perkhidmat­an terganggu sama ada sebahagian atau sepenuhnya untuk rawatan hipertensi. AFP

Tedros Adhanom Ghebreyesu­s

 ?? (Foto AGENSI) ?? Hanya sebilangan kecil pesakit COVID-19 berikutnya. yang memerlukan antibiotik untuk merawat jangkitan bakteria
(Foto AGENSI) Hanya sebilangan kecil pesakit COVID-19 berikutnya. yang memerlukan antibiotik untuk merawat jangkitan bakteria
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia