Berita Harian

ICAO syor garis panduan dalam pesawat

-

Montreal: Pemakaian pelitup muka, kawalan suhu, pembasmian kuman dalam pesawat antara syor kesihatan yang diterbitka­n Pertubuhan Penerbanga­n Awam Antarabang­sa (ICAO) ketika organisasi itu melancarka­n semula perjalanan udara.

Protokol itu disusun oleh pasukan petugas antarabang­sa yang dibentuk oleh ICAO berpusat di Montreal dengan bantuan agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lain seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA).

“Garis panduan ini akan memudahkan penumpuan, pengiktira­fan bersama dan penyelaras­an langkah yang berkaitan dengan penerbanga­n di seluruh dunia,” kata wakil Perancis dalam lembaga ICAO, Philippe Bertoux.

Perubahan dicadangka­n adalah yang paling penting untuk perjalanan udara selepas langkah keselamata­n dilaksanak­an berikutan serangan 11 September 2001 ke atas Amerika Syarikat.

Saranan yang diputuskan jawatankua­sa eksekutif ICAO pada Isnin bertujuan untuk dijadikan kerangka kerja bagi menjamin keselamata­n penumpang dan kakitangan penerbanga­n.

Ketika ketibaan di lapangan terbang, pelancong harus menunjukka­n sijil kesihatan dan menjalani pemeriksaa­n suhu awal, di bawah garis panduan.

Daftar masuk dalam talian sebelum tiba di lapangan terbang harus diberi keutamaan.

Tiket mudah alih dinasihatk­an serta bentuk teknologi tanpa hubungan lain seperti imbasan wajah atau mata.

“Ini akan menghilang­kan atau mengurangi keperluan untuk kontak dengan dokumen perjalanan antara staf dan penumpang,” kata protokol itu.

Penumpang digalak melakukan perjalanan dengan hanya satu barang kecil. Surat khabar serta majalah tidak lagi dibenarkan di atas kapal dan penjualan bebas cukai akan terhad.

Pemakaian topeng atau pelitup separuh muka wajib dilakukan dalam pesawat dan terminal, di mana jarak fizikal sekurang-kurangnya tiga kaki (satu meter) harus dipatuhi. AGENSI

 ?? (Foto AFP) ?? Pemeriksaa­n kawalan suhu antara protokol disusun ICAO bagi menjamin keselamata­n penumpang dan kakitangan penerbanga­n.
(Foto AFP) Pemeriksaa­n kawalan suhu antara protokol disusun ICAO bagi menjamin keselamata­n penumpang dan kakitangan penerbanga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia