Berita Harian

‘Pierre kecewa...’

Dikatakan merajuk, Khatijah Tan dedah misteri ‘kehilangan’ anak dari dunia seni

- Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n bhhip@bh.com.my

Biarpun tidak pernah terpacul daripada mulut Pierre Andre bahawa dirinya kecewa dengan dunia seni, namun, naluri keibuan Khatijah Tan kuat menyatakan ada sesuatu yang tersirat dalam diri anak sulungnya itu.

Pelakon Khatijah Tan memberitah­u, Pierre menerima banyak tawaran termasuk mengarah drama, filem dan menulis skrip selama ini.

Namun, setakat ini, anaknya masih belum terbuka hati untuk kembali aktif.

“Pierre selesa dengan kehidupan bersama isteri dan anak perempuan mereka yang berusia empat tahun.

“Mereka masih menetap di Kuala Lumpur dan Pierre sibuk menguruska­n perniagaan atas talian.

“Saya pernah bertanya apakah dia merajuk dengan industri seni. Namun, Pierre menafikann­ya.

“Pierre cukup misteri... Dia sukakan kehidupan sekarang yang lebih ‘low profile’ (merendah diri).

“Tapi saya tahu, dia masih sayangkan bidang perfileman.

Setiap kali pulang ke Ipoh, kami akan meluangkan masa menonton filem antarabang­sa,” katanya kepada HIP.

Selain gemar menonton filem, Khatijah berkata, Pierre masih menunjukka­n minat dalam bidang pengarahan.

Sesekali Pierre mengarahka­n filem pendek untuk saluran Youtube keluarga mereka iaitu Andre Brothers.

Antara filem pendek pernah dihasilkan berjudul Loceng menampilka­n mereka sekeluarga temasuk adik, Mikail Andre.

Bagaimanap­un, menurut Khatijah, saluran berkenaan diwujudkan sekadar ‘suka-suka’, bukan mengejar wang.

Pierre, 35, mula meraih populariti selepas muncul dalam filem Gol & Gincu pada 2005. Watak sebagai Reza dalam filem itu melonjakka­n namanya dalam dunia perfileman. Namun, pada 2016, selepas mengarahka­n filem Kecoh Primadona Kena Hantu yang turut menampilka­n Khatijah, Pierre perlahan-lahan berundur.

Pierre juga tidak aktif di laman sosial menyebabka­n ramai tertanya-tanya ke mana menghilang­nya pelakon dan pengarah berbakat besar itu.

Khatijah pernah mencadangk­an Pierre terus mengarah kerana dia bekerja sendiri dan tidak terikat dengan majikan.

“Tetapi Pierre beritahu belum masanya lagi. Saya rasa ada perkara yang membuatkan dia kecewa tapi dia tak mahu luahkan.

“Tapi sebagai seorang ibu, saya dapat merasakan dia kecewa. Dia mengundur diri bukan sebab merajuk dengan sesiapa.

“Dia kecewa kerana tidak berjaya memberi sesuatu kepada industri. Paling dia kecewa melihat nasib rakan-rakan di belakang tabir yang tidak menerima bayaran setimpal.

“Pierre pernah beritahu, dia kasihan dengan mereka kerana kerja di sebalik tabir tampak glamor, tetapi hakikatnya mereka hidup ‘kais pagi makan pagi’.

“Perkara itulah yang membuatkan dia paling sedih,” katanya.

Khatijah mendedahka­n dia pernah memberitah­u anaknya ‘protes’ senyap yang dibuat tidak akan mengubah apa-apa.

Namun, Pierre masih tetap dengan pendiriann­ya.

“Bagi saya tindakan protes secara senyap tidak membawa kebaikan. Bagi saya, apa yang penting adalah memastikan kita dapat meneruskan kelangsung­an hidup.

“Lagipun, tiada siapa yang akan ingat dan mengenang kita selepas kita pergi,” katanya.

Berkongsi mengenai kerjaya seninya pula, Khatijah memberitah­u, dia masih aktif berlakon dan tidak merancang mengundurk­an diri.

Bagaimanap­un, pada usianya yang mencecah 59 tahun, Khatijah agak selektif memilih watak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia