Berita Harian

Teruja sambung ‘shooting’

Syarikat produksi drama, filem, iklan sambut baik kebenaran beroperasi semula

- Oleh Zaidi Mohamad dan Fatin Farhana Ariffin bhhip@bh.com.my

Syarikat produksi drama, filem dan iklan gembira rayuan meneruskan aktiviti penggambar­an dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mendapat ‘lampu hijau’ apabila operasi boleh diteruskan, Rabu depan.

Pengarah drama Nur dari Radius One Sdn Bhd, Shahruleza­d Mohameddin, berkata kebenaran untuk meneruskan aktiviti penggambar­an dianggap hari raya buat pekerja produksi dan penggiat seni.

“Kami ada dua drama yang bakal diteruskan penggambar­an iaitu Aku Yang Merinduimu untuk RTM menampilka­n Elisya Sandha dan Syafie Naswip serta Dendam Arissa.

“Namun, bagi drama kedua, naskhah ini diterajui Hisyam Hamid dan Atikah Suhaime yang masing-masing terkandas di Singapura.

“Kami masih mencari jalan penyelesai­an dan perlu berbincang dengan Astro untuk mendapatka­n pencerahan,” katanya kepada HIP.

Semalam, kerajaan mengumumka­n penggambar­an filem, drama dan iklan mula dibenarkan beroperasi mulai Rabu minggu depan.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, mereka yang terbabit mestilah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Antara lain, aktiviti penggambar­an mesti mematuhi SOP diputuskan terutama mengenai penjarakan sosial dan tidak boleh melakukan perhimpuna­n ramai.

Presiden Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia (PPFIM), Khoo Kay Lye, berkata ahli pertubuhan melompat gembira hingga ada yang menangis apabila berita persetujua­n kerajaan dikongsi di Facebook.

“Inilah yang saya mahukan selepas sekian lama berusaha. Syukur kami dapat memberi pekerjaan demi kelangsung­an hidup pekerja industri.

“Bagaimanap­un, setiap produksi dan kru perlu berhati-hati dan mematuhi SOP,” katanya yang menyaranka­n Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengenakan penalti kepada syarikat produksi ingkar.

Sementara itu, Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim meminta FINAS segera mengedarka­n SOP yang diperakui kerajaan.

Ahmad yang lebih dikenali sebagai Mat London berkata, syarika produksi memerlukan tempoh antara 10 sehingga 14 hari untuk merancang aktiviti penggambar­an.

“Asas bagi setiap karya itu adalah skrip. Skrip perlu diubah suai mengikut SOP yang diberi.

“Contohnya, penggambar­an perlu dilakukan di luar rumah kerana tiada siapa yang berani membenarka­n rumah disewa,” katanya.

Penerbit dan pengarah dari Zeel Production, Fadzil Teh, berkata pihaknya ada dua projek drama rantaian tergendala yang perlu disiapkan.

“Dalam mesyuarat produksi, kami sepakat mengurangk­an kerja dalam kumpulan ramai.

“Artis tidak perlu datang dengan pembantu peribadi manakala pekerja belakang tabir yang tidak diperlukan di lokasi, kita tidak benarkan masuk set.

“Apabila berlaku perubahan kita juga perlu merombak skrip. Saya juga berharap penggiat seni tidak mengambil mudah SOP bagi mengelak musibah,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Semua produksi drama, filem dan iklan dibenarkan meneruskan aktiviti penggambar­an, Rabu depan.
(Foto hiasan) Semua produksi drama, filem dan iklan dibenarkan meneruskan aktiviti penggambar­an, Rabu depan.
 ??  ?? Shahruleza­d Mohameddin
Shahruleza­d Mohameddin
 ??  ?? Khoo Kay Lye
Khoo Kay Lye

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia