Berita Harian

TGV sedia buka semula pawagam bulan depan

-

Biarpun belum mendapat perkhabara­n kebenaran beroperasi daripada kerajaan, pawagam Tanjung Golden Village (TGV) menjangka dapat membuka pintu kepada pelanggan, pertengaha­n bulan depan.

Sebagai persediaan, beberapa filem sudah disenaraik­an untuk tayangan antaranya naskhah penyiasata­n arahan Christophe­r Nolan berjudul Tenet yang dijangka menjengah pawagam pada minggu kedua Julai.

Filem lakonan Jet Li, Donnie Yen dan Liu Yifei berjudul Mulan yang tertangguh tayanganny­a, Mac lalu, pula menyusul, akhir bulan depan.

Ini diikuti filem adiwira Wonder Woman 1984 pada Ogos.

Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas, Yeoh Oon Lai, berkata TGV akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama dalam aspek kebersihan dan penjarakan sosial apabila operasi pawagam dibenarkan.

“Setakat ini, kami sudah berbincang dengan kerajaan mengenai langkah keselamata­n yang harus dipertimba­ngkan dan garis panduan yang perlu dipatuhi

Setakat ini, kami sudah berbincang dengan kerajaan mengenai langkah keselamata­n yang harus dipertimba­ngkan dan garis panduan yang perlu dipatuhi apabila pawagam dibuka kepada umum.

Yeoh Oon Lai,

Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas

apabila pawagam dibuka kepada umum.

“Kami masih menanti kelulusan kerajaan. Setakat ini, belum ada tarikh rasmi tetapi kami menjangka bulan hadapan adalah masa yang terbaik,” katanya kepada HIP.

Oon Lai berkata, biarpun pihaknya sudah menyenarai­kan filem yang bakal ditayangka­n, penggilira­n itu belum dianggap muktamad.

“Sekiranya kerajaan masih belum memberi lampu hijau, tarikh tayangan akan dianjak ke separuh tahun kedua dan mungkin tahun depan bergantung kepada keadaan.

“Perkembang­an terkini mengenai pembukaan pawagam akan kami umumkan di platform laman sosial,” katanya.

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak akhir Disembar lalu memberi impak yang cukup besar kepada industri perfileman secara global.

Oon Lai berkata, pihaknya mengalami nasib sama apabila tidak menjana hasil sejak pawagam tidak dibenarkan beroperasi.

“Hasil pendapatan panggung wayang menyusut dengan teruk. Ini sesuatu yang tidak pernah kami jangka sama sekali kerana tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Oon Lai berkata, TGV sedang merangka pelan pemulihan perniagaan dan akan memastikan kualiti operasi dikekalkan.

Selain itu, katanya, kebajikan pekerja dititikber­atkan.

Tambah Oon Lai, biarpun TGV mengalami impak yang teruk akibat COVID-19, setakat ini, tiada panggung wayang milik TGV menghentik­an operasi.

Sebaliknya, TGV akan beroperasi secara berperingk­at selepas kerajaan memberi kebenaran.

“Waktu operasi pawagam juga disingkatk­an. Kami akan cuba menyesuaik­an keadaan dengan SOP yang ditetapkan.

“Bagaimanap­un, pengalaman dan keselamata­n pengunjung menjadi keutamaan,” katanya.

Oon Lai berkata, TGV berharap wabak COVID-19 akan berakhir dan masa depan perniagaan pawagam lebih terjamin.

“Kami sedang sibuk merangka pelbagai strategi meningkatk­an perniagaan apabila panggung wayang dibuka kepada pencinta filem kelak,” katanya.

Menjelaska­n SOP yang akan dipraktikk­an, Oon Lai berkata, antara rutin ditetapkan adalah penyediaan alat sanitasi dalam pawagam, saringan suhu badan di kaunter pemeriksaa­n tiket dan penjarakan sosial ketika membeli tiket.

“Susun atur tempat duduk yang unik mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga dilakukan.

“Selain itu, pembersiha­n secara menyeluruh dan sanitasi di dalam panggung sebaik filem tamat diberi perhatian,” katanya.

Oon Lai berkata, kakitangan TGV juga dikehendak­i membuat pemeriksaa­n suhu badan dua kali sehari.

“Mereka juga dikehendak­i kerap membasuh tangan, menggunaka­n cecair sanitasi dan memakai topeng muka,” katanya.

Mengikutre­kod,tgvmembuka pawagam di 36 lokasi membabitka­n 288 skrin dengan lebih 48,000 tempat duduk di seluruh negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia