Berita Harian

‘Segerakan skuad kembali berlatih’

Hendrawan sifatkan persiapan negara makin suntuk

- Oleh Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara, Hendrawan berharap kumpulan kedua pemain badminton negara dapat kembali menjalani latihan secepat mungkin bagi melakukan persiapan menghadapi Piala Thomas 2020.

Ketika ini, hanya pemain di bawah program Road to Tokyo (RTT) yang diberi kelonggara­n kembali berlatih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula, kelmarin.

Hendrawan, berkata berbanding Sukan Olimpik Tokyo yang berlangsun­g tahun depan, saingan Piala Thomas yang diadakan di Aarhus, Denmark pada 3 hingga 11 Oktober ini juga perlu diberi keutamaan untuk skuad negara melakukan persiapan.

“Hanya beberapa bulan lagi Piala Thomas akan berlangsun­g dan sebagai jurulatih sudah pasti saya mengharapk­an kumpulan kedua pemain akan dapat menyertai latihan semula selepas ini.

“Dengan pemain semua sudah berehat hampir tiga bulan, sudah pasti mereka memerlukan masa yang lama untuk kembali berada pada tahap sebenar. Jadi, saya berharap kita dapat membentuk skuad Piala Thomas lebih awal.

“Saya percaya jika kita melakukan persiapan awal, kita boleh buat yang terbaik. Majoriti pemain yang kita ada masih muda dan mereka perlukan lebih masa untuk persiapan berbanding pemain senior,” kata Henrawan yang turut melaporkan diri kelmarin.

Hanya dua pemain perseorang­an lelaki negara yang menyertai kem latihan pusat bermula kelmarin iaitu Lee Zii Jia yang berada di bawah program RTT dan Cheam June Wei sebagai rakan sepelatih.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini menjangkak­an persiapan skuad Piala Thomas negara akan bermula 15 Jun ini tertakluk kelulusan daripada Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) manakala pemain profesiona­l yang terpilih akan dipanggil menyertai latihan bermula pertengaha­n Julai depan.

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai penstruktu­ran semula jurulatih yang dilakukan BAM, bulan lalu yang menyaksika­n Datuk Tey Seu Bock akan membantuny­a melatih pemain perseorang­an lelaki, Hendrawan menyambut baik keputusan berkenaan.

“Saya tiada masalah dengan perkara ini kerana pernah bekerjasam­a dengan Seu Bock

Hanya beberapa bulan lagi Piala Thomas akan berlangsun­g dan sebagai jurulatih sudah pasti saya mengharapk­an kumpulan kedua pemain akan dapat menyertai latihan semula selepas ini.

Hendrawan

Ketua jurulatih perseorang­an lelaki

sebelum ini termasuk ketika membantu Datuk Lee Chong Wei menghadapi Sukan Olimpik (Rio 2016). Yang pasti, kami akan berusaha melakukan yang terbaik,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia