Berita Harian

Khairulniz­am teruja selepas 3 bulan ‘berkurung’

-

Kuala Lumpur: Atlet pelayaran negara, Khairulniz­am Mohd Afendy teruja untuk kembali turun ke laut selepas hampir tiga bulan terpaksa ‘berkurung’ di rumah susulan pandemik COVID-19.

Dia yang melaporkan diri bagi kem latihan pusat Road to Tokyo (RTT) di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di Langkawi, kelmarin kini hanya menunggu keputusan ujian calitan yang dilakukan ketika pendaftara­n, semalam sebelum boleh kembali berlatih.

Keputusan ujian calitan bagi kem latihan pusat di Langkawi dijangka diketahui, hari ini.

“Apabila keputusan ujian calitan diketahui, maka bermulalah persiapan untuk ke Sukan Olimpik Tokyo.

“Banyak yang sudah ketinggala­n sebenarnya selepas hampir tiga bulan tidak turun berlatih namun kami akan buat perancanga­n bagaimana untuk kembali memulakan latihan. Minggu pertama ini kami lihat apa yang sudah hilang, mungkin dari aspek taktikal atau teknikal.

“Daripada situ, kami akan membuat perancanga­n latihan secara berperingk­at. Diharapkan, cuaca juga berada dalam keadaan baik sepanjang tempoh sebulan latihan pusat ini,” Khairulniz­am

yang sudah layak ke Sukan Olimpik Tokyo.

Pemenang pingat perak Sukan Asia dua kali itu menamatkan saingan di tempat ke-47 dalam kelas laser lelaki pada penampilan pertama di pentas Olimpik di London pada 2012 dan memperbaik­i kedudukan itu dengan mengakhiri saingan di tempat ke-35 pada Olimpik Rio 2016.

Atlet berusia 27 tahun itu meletakkan sasaran untuk menamatkan saingan dalam kelompok 20 terbaik di Tokyo.

“Buat masa sekarang sasaran untuk berada dalam kelompok 20 terbaik adalah yang paling realistik. Namun, ia bergantung kepada persiapan dari semasa ke semasa dan sekiranya semua berjalan dengan baik, mungkin sasaran itu lebih rendah (dalam kelompok yang lebih baik),” katanya.

Selain Khairulniz­am, dua lagi atlet pelayaran negara iaitu Juni Karimah Noor Jamali dan Nuraisyah Jamil turut sudah melayakkan diri ke Tokyo dalam kelas 470 manakala Nur Shazrin Mohd Latif dalam kelas laser radial.

 ?? (Foto ihsan KBS) ?? Atlet pelayaran melaporkan diri menyertai kem latihan pusat RTT di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di Langkawi, kelmarin.
(Foto ihsan KBS) Atlet pelayaran melaporkan diri menyertai kem latihan pusat RTT di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di Langkawi, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia