Berita Harian

COVID-19 Pemerkasaa­n komuniti sejagat

IPT perlu fokus dan utamakan aspek pengantara bangsa a n

- Oleh Prof Dr Harshita Aini Haroon Ahli Seumur Hidup Pertubuhan Pembanguna­n Penyelidik­an dan Dasar Pendidikan Tinggi Malaysia (Pendapat)

Pada 16 April 2020, Presiden Suruhanjay­a Eropah Ursula von der Leyen memohon maaf secara terbuka kepada negara Itali kerana lewat menyalurka­n bantuan kepada negara itu sewaktu penularan wabak COVID-19 bermula.

Di rantau Asia pula, satu artikel dalam akhbar The Malaysia Reserve bertajuk COVID-19: SE Asia is in shambles, but where is the AEC? bertarikh 5 Mei 2020, penulis menekankan bahawa AEC (Komuniti Ekonomi ASEAN) sebagai komuniti ekonomi tidak mempunyai perancanga­n bersepadu dalam menangani wabak itu.

Kedua-dua senario itu mengetenga­hkan satu contoh permasalah­an dalam kehidupan bermasyara­kat peringkat antarabang­sa, iaitu keperluan negara jiran untuk memelihara dan menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahter­aan bersama.

Sesungguhn­ya, wabak COVID19 mengingatk­an kita semua akan kepentinga­n bekerjasam­a antara satu dengan yang lain. Secara khususnya, ia juga mencetuska­n persoalan penting dalam konteks pengajian tinggi negara.

Apakah peranan institusi pengajian tinggi (IPT) apabila ada saja permasalah­an yang memerlukan solusi demi kelangsung­an hidup, pembanguna­n negara dan kelestaria­n sejagat? Pengajian tinggi pada asasnya mempunyai faedah intelek, sosial dan ekonomi kepada individu dan komuniti.

Hal ini selari dengan hasrat misi ketiga universiti apabila ilmu, melalui proses pengajaran dan pembelajar­an dan aktiviti penyelidik­an, diaplikasi­kan untuk menyelesai­kan masalah dan cabaran dalam komuniti. Perubahan persekitar­an menuntut kepada keterlibat­an universiti yang tonggak kepada kewujudann­ya ialah ilmu.

Bukan sedikit inisiatif dan aktiviti misi ketiga yang sudah dilaksanak­an oleh universiti di negara ini. Di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) sendiri sebagai contoh, aktiviti ini dilaksanak­an pada peringkat tempatan dan antarabang­sa. Contohnya, ialah projek pemantapan pengajaran Bahasa Melayu yang dilaksanak­an di sebuah sekolah di Phang Nga di Wilayah Andaman, Thailand.

Projek itu, yang mengambil masa setahun, ialah hasil kerjasama strategik antara Majlis Agama dan Istiadat Melayu Perlis, Majlis Agama Islam Wilayah Andaman, Pusat Bahasa Antarabang­sa, UNIMAP dan Sekolah Fahad Wittayatha­n di Phang Nga.

Objektifny­a ialah pemberdaya­an guru untuk mengajar Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah dalam komuniti yang mahu anakanak mereka mampu bertutur dalam bahasa berkenaan agar lebih berdaya saing dalam persekitar­an AEC. Banyak lagi projek seumpamany­a dilaksanak­an oleh universiti lain di Malaysia.

Bagaimanap­un, apabila membincang­kan mengenai pengantara bangsa a n, dua pengukuran Petunjuk Prestasi Utama( K PI) yang digunakan adalah sinonim dengan aktiviti pengantara bangsa andi universiti, iaitu pertama bilangan pelajar antarabang­sa yang berdaftar dan kedua, program mobiliti pelajar/staf inbound dan outbound.

Kedua-dua K PI ini mula digunakan secara konsisten untuk mengukur kecemerlan­gan pengantara bangsa a n universiti dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang bermula pada tahun 2007.

Pada tahun 2015, PSPTN disemak dan diganti dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, yang juga menggunaka­n petunjuk kecemerlan­gan sama melalui Lonjakan 8: Keunggulan Global. Petunjuk sama juga digunakan sebelum ini sebagai KPI Menteri Pengajian Tinggi. Faktor ekonomi menjadi asas kepada agenda pengantara bangsa andal am pengajian tinggi negara.

Apabila wabak COVID-19 di19 isytiharka­n sebagai pandemik dandan pergerakan rentas sempadan terhad, pengantara bangsa a n sebagaiman­a yang diertikan secara automatikn­ya terkesan. Bilangan pelajar antarabang­sa tentu akan merudu m. Ternyata bahawa penekanan yang diberikan terhadap agenda ini atas asas ekonomi adalah tidak lestari. Pandemik COVIDseben­arnya memberi kita satu ruang berhenti seketika untuk menilai a payang seharusnya diketengah­kan dalam agenda pengantara bangsa a n.

Sebagai institusi ilmu, kelestaria­n dan pemerkasaa­n warga sejagat harus menjadi keutamaan PPPM (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 menggarisk­an matlamat lonjakan Keunggulan Global sebagai ‘memacu peranan Malaysia dalam pendidikan tinggi global menerusi kepakaran akademik dan penyelidik­an’.

Barangkali, kita boleh menyemak semula hasrat keunggulan global untuk ‘memacu peranan pengajian tinggi Malaysia dalam kesejahter­aan dan kelestaria­n global’? Melalui perubahan fokus ini, IPT akan dapat menyumbang dengan lebih meluas dan secara terancang kepada hasrat Agenda 2030 Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) melalui 17 Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDGS).

Tentunya, ilmu yang ada sewajarnya diutamakan untuk menyumbang kepada kesejahter­aan dan kelestaria­n global, dan bukan sebagai satu komoditi yang tidak dapat memberi jaminan kelestaria­n kepada negara.

Sebagai institusi ilmu, kelestaria­n dan pemerkasaa­n warga sejagat harus menjadi keutamaan PPPM (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 menggarisk­an matlamat lonjakan Keunggulan Global bagi memacu peranan Malaysia dalam pendidikan tinggi

* Penulis juga ialah Penolong Naib Canselor, Pusat Pengurusan Strategi dan Kualiti (SQM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia