Berita Harian

Isu bil TNB

Orang ramai tidak berpuas hati caj bil boleh fail tuntutan di tribunal

- Oleh Wartawan Bisnes BH bhbiz@bh.com.my

Kerajaan beri jaminan akan selesaikan isu bil elektrik yang didakwa tinggi dalam tempoh PKP. Kementeria­n Tenaga dan Sumber Asli sudah panggil pengurusan TNB untuk penjelasan.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid menjelaska­n syarikat sedang meneliti beberapa mekanisme untuk tangani aduan pelanggan.

KPDNHEP minta mereka yang tidak berpuas hati untuk memfailkan aduan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang mengkaji semula mekanisme bagi menangani aduan orang ramai mengenai caj bil elektrik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusin­ya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata beliau dan seluruh pengurusan TNB serta Kementeria­n Tenaga dan Sumber Asli bersama-sama Suruhanjay­a Tenaga (ST) sedang meneliti beberapa mekanisme untuk menangani rungutan yang disuarakan.

“Insya-allah, doakan kami menemui jalan penyelesai­annya. Saya mengambil maklum akan keluh kesah dan rungutan yang diluahkan oleh rakyat Malaysia setelah menerima bil berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi beliau, semalam.

Mahdzir berkata, sejajar perkembang­an semasa, operasi bacaan sebenar meter TNB dimulakan kembali pada 15 Mei lalu dan bil terkini yang diterima pelanggan adalah penggunaan sebenar sejak PKP bermula.

“Adalah menjadi misi saya untuk merakyatka­n TNB apabila ditawarkan jawatan sebagai Pengerusi TNB oleh Perdana Menteri. Misi ini akan kekal selagi saya menyandang jawatan ini,” katanya.

Sepanjang tempoh PKP , tiada

Orang ramai boleh

bacaan meter dibuat dan bil bercetak dikeluarka­n, sekali gus bil bulanan dikira berdasarka­n anggaran penggunaan bil bulan sebelumnya.

Kerajaan menguatkua­sakan PKP melalui beberapa fasa, bermula 18 hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19 sebelum dilanjutka­n sehingga 14 April, kemudian sehingga 28 April dan seterusnya sehingga 12 Mei.

Ia kemudian dilanjutka­n lagi sehingga 9 Jun sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula dilaksanak­an sehingga 31 Ogos apabila penularan wabak COVID-19 semakin reda.

Sementara itu, melaporkan, pengguna yang tidak berpuas hati dengan caj penggunaan elektrik semasa PKP boleh memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata langkah itu adalah alternatif selain penyaluran aduan kepada TNB dan ST.

“Isu bil elektrik semasa PKP memang dalam perhatian kita. Kita sedar ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati. Buka fail di TTPM dengan bayaran fi RM5 dan kes akan diadili sebaiknya,” katanya di Putrajaya,

semalam.

TTPM, katanya, sudah menerima dua tuntutan berkaitan bil elektrik yang difailkan pada 5 Jun lalu.

Tribunal berkenaan yang ditubuhkan pada 15 November 1999 menyediaka­n saluran alternatif kepada pengguna untuk membuat tuntutan ganti rugi pembelian barang atau perkhidmat­an dengan kes boleh diselesaik­an kurang daripada 60 hari.

Badan itu juga membolehka­n pengguna memfailkan tuntutan tebus rugi terhadap pembelian barangan dan perkhidmat­an yang tidak menepati apa yang diiklankan dengan amaun tidak lebih RM50,000.

 ?? (Foto Aswadi Alias / BH) ??
(Foto Aswadi Alias / BH)
 ?? (foto hiasan) ?? mendapatka­n penjelasan lanjut mengenai bil mereka di Kedai Tenaga.
(foto hiasan) mendapatka­n penjelasan lanjut mengenai bil mereka di Kedai Tenaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia