Berita Harian

Pas perjalanan MY30 dapat sambutan hangat, 21,403 dibeli pada hari pertama

Inisiatif mampu tarik pengguna baharu naik pengangkut­an awam

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sebanyak 21,403 pas perjalanan tanpa had, MY30 dijual kepada orang ramai pada hari pertama penawarann­ya, kelmarin.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana (Operasi), Muhammad Nizam Alias, berkata langganan pakej menerusi insentif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) itu mendapat sambutan menggalakk­an dan laku seperti ‘goreng pisang panas’.

Sehubungan itu, beliau mengunjurk­an penjualan pas berkenaan yang hanya ditawarkan kepada rakyat tempatan, menggunaka­n kad pengenalan semakin melonjak dalam tempoh terdekat.

“Orang ramai dilihat beratur seawal jam 6 pagi di kaunter khidmat pelanggan Rapid KL bagi melanggan pakej ini.

“Pada hari pertama pengenalan My30 semalam (kelmarin), sebanyak 21,403 pas perjalanan My30 dijual. Kami menjangka bilangan ini akan terus meningkat dari hari ke hari,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Muhammad Nizam berkata, pihaknya yakin pelanggan harian pasti tertarik meraih lebih penjimatan menerusi pakej berkenaan yang dikatakan berupaya memberi diskaun menjangkau 79 peratus, bergantung kepada jarak perjalanan dan kekerapan penggunaan.

Selain itu, beliau menjangka penawaran pas bagi merancakka­n sektor pengangkut­an awam itu berupaya menarik minat pengguna baharu khususnya individu yang sebelum ini lebih cenderung menggunaka­n kenderaan persendiri­an untuk ke tempat kerja.

“Pengenalan pakej ini membuktika­n kerajaan prihatin terhadap masalah dihadapi rakyat. Inisiatif ini juga diharap dapat membantu melonjak kembali jumlah pengguna pengangkut­an awam seliaan Prasarana.

“Kebanyakan pengguna teruja dan berterima kasih kepada kerajaan yang memperkena­lkan pakej MY30 bagi membantu mengurangk­an beban rakyat, khususnya yang terjejas dengan wabak pandemik COVID-19,” katanya.

Mengulas maklum balas pengenalan pas perjalanan tanpa had itu di media sosial, Muhammad

Nizam berkata, ia mendapat reaksi positif orang ramai.

“Daripada 2,209 percakapan mengenai MY30 di jaringan media sosial, lebih 85 peratus komen diterima sangat positif dan kami amat berterima kasih kepada semua pengguna yang menyokong kami selama ini,” katanya.

Pakej yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 Jun lalu itu terbuka kepada semua warganegar­a yang menggunaka­n perkhidmat­an rel dan bas, seliaan Prasarana di Lembah Klang.

Menerusi pakej dilanggan menggunaka­n kad pengenalan berkenaan, pengguna hanya perlu membayar RM1 sehari untuk menaiki pengangkut­an awam tanpa had.

Prasarana memaklumka­n, pengguna boleh melanggan pakej MY30 di semua 122 stesen transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT), monorel, bas rapid transit (BRT) dan lima hab bas Rapid KL.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? (Foto EIZAIRI SHAMSUDIN/BH) ?? Pengguna pengangkut­an awam Rapid KL beratur untuk membeli pas perjalanan tanpa had MY30 di kaunter tiket Stesen LRT KL Sentral, kelmarin.
(Foto EIZAIRI SHAMSUDIN/BH) Pengguna pengangkut­an awam Rapid KL beratur untuk membeli pas perjalanan tanpa had MY30 di kaunter tiket Stesen LRT KL Sentral, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia