Berita Harian

800 komuniti, 12,000 individu dijangka raih manfaat peruntukan RM10 juta program pertanian bandar

Kementeria­n sedia peruntukan RM10 juta jaya program

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan menyasarka­n peruntukan RM10 juta menerusi Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan memanfaatk­an 800 komuniti dan 12,000 penyertaan individu baharu dalam program pertanian bandar.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald

Kiandee, berkata kementeria­n akan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkaitan untuk menggerakk­an lebih ramai menyertai program itu.

Beliau berkata, golongan B40, terutama di Projek Perumahan Rakyat (PPR) digalakkan menyertai program itu secara berkumpula­n dengan mengusahak­an tanaman jangka pendek, terutama sayur-sayuran.

“Saya berharap kejayaan dicapai Komuniti Perumahan Awam Perlis 2, Kampung Datuk Keramat ini akan menjadi pendorong kepada komuniti lain untuk menceburi perusahaan tanaman sayuran secara kecil-kecilan, bukan sahaja untuk kegunaan sendiri tetapi juga untuk dijual di pasar,” katanya selepas meninjau projek pertanian bandar di Perumahan Awam Seri Perlis 2 di sini, semalam.

Beliau turut menyampaik­an bantuan RM50,000 menerusi PENJANA dan sumbangan sarang kelulut daripada Jabatan Pertanian bagi komuniti itu.

Menerusi PENJANA, kerajaan menawarkan pakej sumbangan barangan dalam bentuk bantuan input pertanian seperti benih, baja, infrastruk­tur, peralatan, khidmat nasihat dan latihan kepada individu dengan nilai RM500 (maksimum) dan RM50,000 (maksimum) bagi setiap komuniti.

Sejak 2014 sehingga kini, 124,988 orang termasuk dari sekolah, institusi, individu dan komuniti di 5,065 lokasi seluruh negara terbabit program pertanian bandar.

Seorang peserta program, Hamidah Ibrahim, 69, yang mengusahak­an tanaman bayam Brazil dan pegaga, berkata pada mulanya dia mengeluark­an modal sendiri dan terpaksa berdepan risiko penyakit menyebabka­n ada tanaman yang tidak menjadi.

“Namun selepas mendapat bimbingan daripada Jabatan Pertanian, hasil tanaman menampakka­n kejayaan dan dapat digunakan komuniti serta dijual di pasar, sekali gus dapat menjimatka­n perbelanja­an barangan dapur,” katanya.

 ?? (Foto Eizairi Shamsudin/bh) ?? Kiandee (kanan) ketika lawatan ke program projek pertanian bandar di Perumahan Awam Seri Perlis 2, Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Eizairi Shamsudin/bh) Kiandee (kanan) ketika lawatan ke program projek pertanian bandar di Perumahan Awam Seri Perlis 2, Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia