Berita Harian

Isa Samad diarah bela diri 9 tuduhan rasuah, dibebaskan kes pecah amanah

Pihak pendakwa buktikan wujud ‘prima facie’ terhadap 9 pertuduhan

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, diarah membela diri atas sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n wujud ‘prima facie’ bagi kes berkenaan.

“Pihak pendakwaan berjaya mengemukak­an bukti boleh dipercayai bagi setiap elemen penting mengikut Seksyen 16(a)(a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 seperti yang terdapat dalam sembilan pertuduhan.

“Justeru, wujud kes prima facie terhadap tertuduh dalam semua sembilan pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(a) Akta SPRM,” katanya.

Mohd Nazlan kemudian menetapkan 17, 18 dan 19 Ogos depan sebagai tarikh untuk Mohd Isa membela diri.

Bagi pertuduhan pecah amanah membabitka­n pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaska­n Mohd Isa daripada pertuduhan terbabit.

Mohd Nazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n wujud kes ‘prima facie’ bagi kes berkenaan.

“Keputusan ini dibuat selepas menilai secara maksimum semua bukti dikemukaka­n kepada saya pada peringkat akhir pendakwaan, penilaian terhadap saksi dan pemeriksaa­n balas dilakukan,” katanya.

Sementara itu, peguam Mohd Isa, Datuk Salehuddin Saidin, berkata anak guamnya memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi bagi kes rasuah terbabit.

“Pasukan pembelaan perlu menyangkal semua pertuduhan rasuah dikenakan ke atas anak guam dan mahkamah sudah menetapkan Ogos depan sebagai tarikh membela diri,” katanya.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz.

Pada 14 Disember 2018, Mohd Isa mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta bagi meluluskan pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak.

Beliau dituduh melakukan kesalahan pecah amanah di Tingkat 50, Menara FELDA, Platinum Park, Persiaran KLCC pada 29 April 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan

Keputusan ini dibuat selepas menilai maksimum semua bukti dikemukaka­n kepada saya pada peringkat akhir pendakwaan, penilaian terhadap saksi dan pemeriksaa­n balas dilakukan.

boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh didenda.

Mohd Isa juga dituduh melakukan semua kesalahan menerima rasuah di Tingkat 49, Menara FELDA, Platinum Park, Persiaran KLCC antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

Jika sabit kesalahan, pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(a) Akta SPRM itu boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pada 14 Januari lalu, pihak pendakwaan menutup kes berkenaan selepas 15 hari perbicaraa­n.

Mohd Nazlan Mohd Ghazali, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Mohd Isa diarah membela diri atas sembilan pertuduhan rasuah lebih RM3 juta.
(Foto BERNAMA) Mohd Isa diarah membela diri atas sembilan pertuduhan rasuah lebih RM3 juta.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia