Berita Harian

Jumlah kes pesakit pulih COVID-19 sudah melebihi 90 peratus

333 jangkitan dilapor semalam, angka tertinggi dicatatkan sejak PKP

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Lebih 90 peratus kes COVID-19 di negara ini pulih termasuk 333 kes dilaporkan semalam yang menjadi angka tertinggi pernah dicatatkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada 18 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah itu membabitka­n 307 kes dalam kalangan bukan warganegar­a dan 26 lagi warga Malaysia.

Katanya, pertambaha­n itu menjadikan jumlah kumulatif pesakit pulih kini mencecah 7,733 orang atau 90.9 peratus daripada angka keseluruha­n kes wabak berkenaan.

Setakat jam 12 tengah hari semalam, beliau berkata, 11 jangkitan baharu dilaporkan yang membawa kepada jumlah kumulatif 8,505 kes di negara ini, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan COVID-19 ialah 651.

“Daripada 11 kes baharu dilaporkan, satu adalah kes import membabitka­n warganegar­a yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Bagi 10 kes penularan dalam negara pula, enam membabitka­n bukan warganegar­a, manakala empat lagi warganegar­a.

“Hingga kini, empat kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Memperinci­kan enam jangkitan baharu dalam kalangan bukan warganegar­a, Dr Noor Hisham berkata, dua kes dikesan di Kuala Lumpur, iaitu satu ketika saringan untuk masuk kerja dan satu lagi dikesan melalui Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2.

“Empat kes lagi dikesan di Negeri Sembilan iaitu tiga bagi Kluster Pedas dan satu bagi Kluster Syarikat Pembersiha­n.

“Bagi perincian kes penularan dalam negara yang membabitka­n warganegar­a pula, satu adalah di Selangor menerusi kes saringan prapembeda­han di Hospital Putrajaya dan kemudian dipindahka­n ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.

“Tiga lagi kes dikesan di Sarawak membabitka­n kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes 8,453. Mereka adalah ahli keluarga kepada kes berkenaan,” katanya.

Namun, Dr Noor Hisham memaklumka­n, tiada kematian baharu dicatatkan dengan jumlahnya kekal 121 kes atau 1.42 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes COVID-19.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia