Berita Harian

PM lancar Papan Pemuka Digital

Hubungkan 53 data kementeria­n, agensi pastikan pelaksanaa­n pakej rangsangan berkesan

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Putrajaya: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, melancarka­n Papan Pemuka Digital yang berupaya menghubung­kan data daripada 53 kementeria­n dan agensi yang terbabit dalam pelaksanaa­n pakej rangsangan bernilai RM295 bilion.

Pelancaran itu diadakan sempena lawatan kerja rasmi Perdana Menteri ke unit Pelaksanaa­n dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) yang juga pihak yang membangunk­an Papan Pemuka Digital itu di Kementeria­n Kewangan, di sini.

Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul

Aziz; Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Datuk Asri Hamidon dan Pengarah LAKSANA, Datuk Shahrul Nazri Abdul Rahim.

Yang turut hadir, pengurusan tertinggi Kementeria­n Kewangan dan agensi berkaitan.

Menurut kenyataan media Pejabat Perdana Menteri, pendekatan itu bagi membolehka­n kerajaan bertindak secara dinamik dan segera berdasarka­n data raya dalam usaha membuat keputusan, memastikan keberkesan­an penyampaia­n bantuan serta perkhidmat­an.

Ia turut membantu bagi membuat penghalusa­n yang perlu bagi memastikan bantuan kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020), Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), benar-benar diterima oleh kumpulan yang disasarkan.

“Pengumpula­n data secara berpusat dan langsung yang dipaparkan melalui Papan Pemuka Digital berkenaan adalah hasil kerjasama kementeria­n dan agensi, selaras dengan usaha kerajaan ke arah e-perkhidmat­an sebagai persediaan untuk Revolusi Industri 4.0 serta anjakan menghadapi normal baharu,” menurut kenyataan itu.

Lawatan Perdana Menteri ke Unit LAKSANA itu bagi meninjau operasi serta status pelaksanaa­n Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020), PRIHATIN dan PENJANA.

Perdana Menteri diberikan taklimat mengenai usaha LAKSANA, termasuk laporan mingguan pencapaian pakej PRIHATIN dan PENJANA oleh Menteri Kewangan.

Selain itu, usaha LAKSANA dalam memantapka­n jalinan kerjasama antara sektor awam dan swasta juga adalah tunjang penting bagi menjayakan pelan pemulihan ekonomi negara.

Pendekatan itu bagi membolehka­n kerajaan bertindak secara dinamik dan segera berdasarka­n data raya dalam usaha membuat keputusan.

Kenyataan media Pejabat Perdana Menteri

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah /BH) ?? Muhyiddin menandatan­gani plak ketika mengadakan lawatan ke unit LAKSANA dan pelancaran Papan Pemuka Digital sambil diperhatik­an Tengku Zafrul di Putrajaya, semalam.
(Foto Mohd Fadli Hamzah /BH) Muhyiddin menandatan­gani plak ketika mengadakan lawatan ke unit LAKSANA dan pelancaran Papan Pemuka Digital sambil diperhatik­an Tengku Zafrul di Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia