Berita Harian

181,000 rayuan Bantuan Prihatin Nasional dilulus

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 181,000 rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) diluluskan membabitka­n pembayaran RM162 juta yang akan dibayar secara sekali gus akhir bulan ini.

Kementeria­n Kewangan berkata berdasarka­n data yang dikemas kini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 191,000 rayuan BPN antara 11 dan 31 Mei lalu.

Bagi i-lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kementeria­n itu berkata, sehingga 12 Jun lalu, 4.22 juta permohonan diluluskan, iaitu peningkata­n daripada 4.1 juta sebelum ini.

“Jumlah pembayaran yang terbabit ialah RM1.98 bilion sebulan,” katanya dalam satu kenyataan bagi laporan Unit Pelaksanaa­n & Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-9 mengenai pelaksanaa­n Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Kementeria­n Kewangan berkata, mulai 15 Jun lalu, Geran Khas

Prihatin (GKP) bernilai RM1.46 bilion mula dibayar kepada 488,587 pemohon yang diluluskan pada 31 Mei.

Kementeria­n itu menjelaska­n, bagi 35,859 permohonan yang telah lulus selepas semakan lanjut pada 5 Jun, pembayaran akan dibuat mulai 29 Jun ini bernilai RM107.57 juta.

“Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima geran bernilai RM3,000. Tempoh rayuan bagi pemohon yang tidak berjaya telah ditutup pada 15 Jun lalu.

“LHDN sedang meneliti setiap rayuan dan keputusan akan dimaklumka­n serta bayaran dibuat pada hujung Jun,” katanya.

Bagi program subsidi upah dan subsidi upah ditambah baik, Kementeria­n Kewangan berkata, sehingga 12 Jun, sebanyak RM4.08 bilion sudah diluluskan bagi 295,265 majikan yang memanfaatk­an lebih 2.31 juta pekerja.

Mengenai penyelaras­an program subsidi upah di bawah PENJANA, kementeria­n itu berkata, majikan boleh mula membuat permohonan untuk program subsidi upah yang telah ditambah baik mulai 15 Jun.

Bagi moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan, Kementeria­n

Kewangan menyebut, sejak berkuat kuasa pada 1 April lalu sehingga 12 Jun, nilai moratorium dianggarka­n berjumlah RM40 bilion.

Program Bantuan Majikan

COVID-19 (E-CAP) KWSP pula memperliha­tkan sebanyak 31,400 permohonan telah diterima dan sebanyak 7,194 diluluskan bernilai RM47.9 juta bagi caruman KWSP majikan sehingga 12 Jun.

Mengenai Dana Pinjaman Mudah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang dikendalik­an Bank Negara Malaysia, Kementeria­n Kewangan berkata, sehingga 12 Jun, permohonan yang telah diluluskan oleh bank tempatan dan setuju terima oleh PKS adalah RM7.8 bilion, dan ia akan memanfaatk­an 18,449 PKS.

Jumlah itu termasuk dana ‘Special Relief Facility’ dan ‘Agrofood Facility’.

Di bawah Skim Kredit Mikro Bank Simpanan Nasional (BSN), sebanyak 6,074 permohonan daripada peniaga mikro diluluskan, bernilai RM216.7 juta sehingga 12 Jun 2020, manakala bagi program TEKUN Nasional pula, jumlah permohonan yang diluluskan ialah 21,674 bernilai RM166.14 juta.

 ?? (Foto hiasan) ?? Pembayaran rayuan BPN akan dibuat akhir bulan ini.
(Foto hiasan) Pembayaran rayuan BPN akan dibuat akhir bulan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia