Berita Harian

‘PM tak langgar kuarantin’

PMO nafi tuduhan, anggap laporan portal berniat jahat

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin melanggar perintah kuarantin di rumah baru-baru ini dengan ke luar negara untuk rawatan kanser pankreas.

Dalam satu kenyataan semalam, Pejabat Perdana Menteri berkata laporan itu satu pembohonga­n, tuduhan berniat jahat dan ia hanya rekaan penulis.

Justeru, portal Sarawak Report dituntut mengemukak­an bukti termasuk menamakan pesawat dinaiki, hospital di Singapura serta doktor yang kononnya merawat Muhyiddin di republik itu.

Katanya, kegagalan portal berkenaan mengemukak­an bukti bermakna laporan disiarkan adalah berniat jahat untuk memburukka­n imej Perdana Menteri.

“Semasa tempoh kuarantin, Perdana Menteri sentiasa mematuhi arahan tidak keluar rumah. Semua tugasan rasmi hanya dijalankan dari rumah termasuk mengadakan sidang video dengan Menteri Kanan Pertahanan dan Ketua Pengarah Kesihatan,” jelas kenyataan itu.

Muhyiddin sebelum ini diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari bermula 22 Mei lalu selepas seorang daripada pegawai yang hadir mesyuarat pasca-kabinet dipengerus­ikan beliau disahkan positif COVID-19.

Bersama kenyataan itu, Pejabat Perdana Menteri mengepilka­n surat dua pakar perubatan yang mengesahka­n Muhyiddin pulih daripada kanser pankreas dan sihat untuk bertugas.

Pakar Onkologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Lam Kai Seng, dalam surat pengesahan itu berkata Muhyiddin dikesan menghidap kanser pankreas tahap 1a pada 2018 dan sudah dirawat sepenuhnya.

Katanya, Perdana Menteri juga sudah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu dan mengikuti sesi kemoterapi intensif yang selesai dua tahun lalu.

“Beliau juga membuat rawatan susulan di Hospital Pantai Kuala Lumpur, Hospital Gleneagles Singapura dan Klinik Mayo, Amerika Syarikat,” katanya dalam surat bertarikh 12 Jun lalu itu.

Beliau berkata siasatan dan pemeriksaa­n pakar kanser pankreas juga tidak menemui bukti Perdana Menteri masih menghadapi penyakit itu atau ia berulang.

Seorang lagi pakar perubatan, Pakar Dada, Tan Sri Dr K Ambikaipak­an, juga memberikan laporan sama dan kedua-duanya mengesahka­n Muhyiddin sihat untuk bertugas.

Pejabat Perdana Menteri berkata amat malang apabila portal berita berkenaan kini berubah menjadi perkakas politik bagi menjaja dan menyebabka­n fitnah melalui laporan yang tidak berpaksika­n kebenaran.

“Fitnah ini adalah satu gangguan yang tidak perlu ketika negara sedang berhadapan pandemik kesihatan dan cabaran ekonomi yang belum pernah dialami sebelumnya,” katanya.

Kegagalan portal berkenaan mengemukak­an bukti bermakna laporan disiarkan adalah berniat jahat untuk memburukka­n imej Perdana Menteri.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia