Berita Harian

Kedai Tenaga mesra pelanggan, bantu selesai masalah pengguna

Maklumat jelas, tepat selesaikan kekeliruan pelarasan bil elektrik

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Pengguna TNB

Kuala Lumpur: Kepuasan berinterak­si secara bersemuka dengan pelbagai isu berkaitan penggunaan elektrik dan perkhidmat­an dapat dijawab secara terus, menjadikan Kedai Tenaga pilihan utama pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Tinjauan BH di Kedai Tenaga Subang Jaya, baru-baru ini mendapati ramai pelanggan memilih kunjungan secara fizikal kerana pelbagai kemudahan disediakan termasuk kios pembayaran.

Pekerja swasta, Zulkarnain Thamsiri, 43, berkata kebiasaann­ya setiap bulan beliau akan melakukan pembayaran bil di kios yang disediakan kerana sistemnya yang cekap dan sistematik.

“Setiap kali datang, saya juga berpeluang untuk memeriksa bil di kaunter sekiranya ada perkara yang kurang jelas sebelum membuat pembayaran.

“Jadi, tidak perlu lagi aduan dibuat melalui saluran lain kerana semua isu boleh dijawab oleh kakitangan TNB di Kedai Tenaga,” katanya.

Zulkarnain turut menasihati pelanggan TNB, supaya tidak mengambil jalan singkat dengan berkongsi di media sosial khususnya mengenai isu bil, sebaliknya dapatkan terus maklumat sahih dengan mengunjung­i Kedai Tenaga.

“Sebenarnya, ada banyak informasi yang mungkin pengguna terlepas pandang, antaranya TNB memberikan kemudahan untuk membayar bil bagi kegunaan elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara ansuran sehingga Disember ini.

“Kedai Tenaga Subang Jaya antara yang memberikan perkhidmat­an proaktif dan tidak pernah mengecewak­an daripada soal layanan, input sehingga kepada maklum balas bagi semua pertanyaan,” katanya.

Sementara itu, bagi warga emas, Phang Tee Yong, 67, kaedah bersemuka dengan penjelasan yang terperinci menjadikan Kedai Tenaga kekal menjadi pilihannya.

“Saya ada sedikit kekeliruan mengenai kadar diskaun bagi penggunaan elektrik sepanjang PKP, jadi lebih senang bawa bil semasa dan dapatkan penerangan di sini.

“Setiap penerangan kakitangan di Kedai Tenaga mudah difahami, terutama bagi warga tua seperti saya, bahkan mereka sangat membantu dan sedia melayani apa sahaja pertanyaan,” katanya.

Mengenai bil elektrik sepanjang PKP meningkat, Tee Yong berkata ia sememangny­a meningkat kerana sepanjang tempoh itu semua pengguna berada di rumah.

“Tetapi, ia tidaklah terlalu tinggi dan masih mampu dibayar. Perkiraan saya, bil cuma naik RM40 berbanding sebelum PKP,” katanya.

Alicia Choo, 50, pula berkata beliau keliru mengenai kaedah pelarasan bil yang menggunaka­n kaedah prorata.

“Saya mendapati, jumlah bacaan bil elektrik bulan Mei tidak sama seperti yang terkandung di dalam bil.

“Namun, saya dijelaskan oleh kakitangan di sini bahawa disebabkan COVID-19, operasi pembacaan meter adalah ditangguhk­an, jadi kerana itu ada sedikit perbezaan dengan bil yang lebih terperinci akan dikeluarka­n bulan ini.

“Isu ini bukanlah perkara besar cuma saya sedikit bimbang dan datang untuk mendapatka­n informasi mengenai kaedah pelarasan yang baharu,” katanya.

Alicia turut memuji tindakan Kedai Tenaga Subang Jaya yang begitu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Katanya, perkhidmat­an disediakan selesa, malah setiap kakitangan, cekap dan cepat daripada urusan mengambil nombor sehingga kepada layanan di kaunter.

Untuk rekod, TNB mempunyai 125 cawangan Kedai Tenaga di seluruh negara yang beroperasi mulai jam 9 pagi sehingga 4 petang bagi setiap hari bekerja.

Kios pembayaran layan diri pula beroperasi dari jam 8 pagi hingga jam 8 malam.

 ?? (Foto Saifulliza­n Tamadi / BH) ?? yang ada sebarang kemusykila­n mengenai penggunaan elektrik atau perkhidmat­an TNB boleh datang ke Kedai Tenaga.
(Foto Saifulliza­n Tamadi / BH) yang ada sebarang kemusykila­n mengenai penggunaan elektrik atau perkhidmat­an TNB boleh datang ke Kedai Tenaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia