Berita Harian

Tangkis persepsi negatif masyarakat

Swcorp adakan sambutan hargai, iktiraf hero tidak didendang

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Cyberjaya: Sambutan Hari Pekerja Pembersiha­n pada setiap 17 Jun, diharap dapat menaikkan semangat pekerja dalam bidang berkenaan dan menangkis persepsi masyarakat bahawa ia adalah pekerjaan yang kotor dan kolot.

Ketua Pegawai Eksekutif Swcorp, Ismail Mokhtar, berkata pekerja sektor pembersiha­n di negara ini sering dipandang rendah, namun sebenarnya perkhidmat­an pengurusan sisa pepejal antara sektor penting dalam negara.

Katanya, dengan adanya sambutan berkenaan, secara tidak langsung dapat menghargai dan mengiktira­f pekerja pembersiha­n di negara ini.

“Pekerja pembersiha­n ini dikelaskan kepada beberapa kategori, iaitu memungut sampah, membersihk­an longkang, menyapu di jalan dan memotong rumput.

“Walaupun negara berdepan pandemik COVID-19 sehingga menyebabka­n beberapa perkhidmat­an ditutup, sektor pembersiha­n tetap diteruskan bagi memikul amanah yang diberikan untuk menjadikan negara ini bersih dan terjaga.

“Atas sebab itu, Swcorp sebagai peneraju kebersihan negara mengambil inisiatif untuk menghargai wira yang tidak didendangk­an ini dalam satu sambutan diadakan di Ibu Pejabat Swcorp di

Cyberjaya,” katanya kepada di sini, baru-baru ini.

Ismail berkata, jasa pekerja pembersiha­n ini terlalu banyak, namun tidak disedari oleh masyarakat kerana sistem digunakan di negara ini untuk mengutip serta membersihk­an persekitar­an sudah cantik dan teratur.

“Bayangkan, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari, pekerja pembersiha­n ini juga tidak bekerja dan tiada seorang pun yang datang mengutip sampah seperti dijadualka­n.

“Sudah tentu kawasan persekitar­an akan menjadi busuk, dan terjadinya leachate (air sampah) sehingga menyebabka­n pencemaran bau serta tanah juga akan tercemar dan mengancam kesihatan masyarakat,” katanya.

Mengenai sambutan berkenaan, Ismail berkata ia julung kali disambut di negara ini, namun di luar negara ia acara tahunan yang diadakan setiap tahun sejak 2011.

BH,

“Sambutan ini disempurna­kan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin serta turut dihadiri, Timbalanny­a, Datuk Seri Dr Ismail Abd Mutalib dan Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Zainal Abidin

Abu Hassan.

“Menerusi sambutan berkenaan, kita turut menyediaka­n tiga anugerah, iaitu Anugerah Hero Pekerja Pembersiha­n Kebangsaan untuk seorang penerima bagi peringkat kebangsaan dan tujuh lagi penerima terpilih akan diberikan Anugerah Hero Pekerja Pembersiha­n Peringkat Negeri manakala dua orang penerima Anugerah Khas akan diberikan sebagai tanda terima kasih bagi jasa dan bakti

“Sembilan penerima itu adalah tertakluk kepada negeri yang menerima Akta 672, iaitu Kedah, Perlis, Putrajaya, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” katanya.

Ismail berkata, diharapkan selepas ini sambutan Hari Pekerja Pembersiha­n atau Garbage Man Day turut mendapat kerjasama daripada masyarakat sama seperti sambutan bagi pekerjaan profesiona­l yang lain.

“Disebabkan ini kali pertama kita anjurkan sambutan seperti ini, mungkin masyarakat masih tidak peka mengenainy­a.

“Namun, menerusi perancanga­n jangka panjang Swcorp, kita mengharapk­an sambutan ini turut diraikan oleh setiap masyarakat.

“Masyarakat boleh menzahirka­n ucapan terima kasih kepada pekerja pembersiha­n ketika mereka sedang bekerja atau membuat kad ucapan sama seperti yang dilakukan ketika Hari Guru atau Hari Jururawat yang disambut di negara ini setiap tahun.

“Jika masyarakat boleh ingat 16 Mei adalah sambutan Hari Guru, kita juga mahu mereka ingat tarikh 17 Jun sebagai sambutan Hari Pekerja Pembersiha­n,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perbanding­an antara pekerja tempatan dan pekerja asing, Ismail berkata, 17,946 pekerja atau 69.75 peratus sektor berkenaan masih dipelopori oleh orang tempatan.

“Pekerja asing ini kebanyakan bekerja di bandar, manakala tempatan di kawasan kampung kerana kos sara hidup lebih rendah di sana. Di Kuala Lumpur umpamanya, syarikat konsesi Alam Flora mempunyai 45.16 peratus pekerja asing.

“Namun, atas perbincang­an dengan pelbagai pihak, kita bersetuju menjelang akhir tahun ini 30.25 peratus pekerja asing dikurangka­n dan ia perlu diisi pekerja tempatan.

“Kita mahu syarikat konsesi ini untuk tambahkan jumlah pekerja tempatan, bayar lebih sikit untuk menggajika­n pekerja pun tidak apa. Asalkan pekerja tempatan mahu bekerja dalam sektor ini.

“Ini juga salah satu dasar yang dibuat oleh kerajaan selepas terdapat peningkata­n kes COVID-19 dalam kalangan pekerja asing,” katanya.

Jika masyarakat boleh ingat

16 Mei adalah sambutan Hari Guru, kita juga mahu mereka ingat tarikh 17 Jun sebagai sambutan Hari Pekerja Pembersiha­n.

 ??  ?? syarikat konsesi di bawah seliaan Swcorp membersihk­an persekitar­an termasuk sampah di kawasan perumahan mengikut jadual yang ditetapkan.
syarikat konsesi di bawah seliaan Swcorp membersihk­an persekitar­an termasuk sampah di kawasan perumahan mengikut jadual yang ditetapkan.
 ??  ?? Pekerja pembersiha­n
Pekerja pembersiha­n
 ??  ??
 ??  ?? Ismail Mokhtar,
Ismail Mokhtar,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia